Siti Natisyah binti Mohd Sarif

Siti Natisyah binti Mohd Sarif
Siti Natisyah is an 18 year old youth who is very talented in photography. Furthering her education in Sharia studies, she is grateful to be fully sponsored by the Baitulmal Cheras College. Her involvement in Genius Remaja over the past 4 years has given her a lot of exposure and honed her talents in the art of photography. Born out of a modest family, she never complained despite the financial difficulties her family faced due to the current pandemic. However, she never used the shortcomings as an excuse for her to stop pursuing her ambition to become a professional photographer. Let's help Natisyah by making her your foster child now. Who knows, your concerted effort can encourage Natisyah to succeed in her studies eventually fulfilling her life's dream.
Siti Natisyah merupakan seorang remaja berusia 18 tahun yang sangat berbakat dalam bidang fotografi. Kini sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Syariah, Natisyah amat bersyukur kerana pengajian beliau ditanggung sepenuhnya oleh Kolej Baitulmal Cheras. Penglibatan beliau di dalam Genius Remaja sejak 4 tahun yang lalu telah banyak memberi pendedahan dan mengasah bakat beliau dalam seni fotografi. Dilahirkan dalam keluarga yang serba sederhana, beliau tidak pernah merungut meskipun keluarganya menghadapi masalah kewangan kerana pandemik yang sedang dilalui sekarang ini. Malah, Natisyah tidak sesekalipun menjadikan kekurangan yang dialami sebagai alasan untuk beliau berhenti daripada mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang jurugambar profesional. Ayuh bantu Natisyah dengan menjadikan beliau sebagai anak angkat anda sekarang. Siapa tahu, dengan usaha murni anda, ia dapat mendorong Natisyah untuk berjaya dalam pelajaran sekaligus mengecapi impian hidupnya.