Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

SHAH ALAM, 8 Februari 2026 – Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) dengan kerjasama pelajar Sarjana Kaunseling Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Kem Kepimpinan PERMATA Remaja 2026 (LEAD-X Remaja) pada 6 hingga 8 Februari 2026 bertempat di Kem Bumi Jati, Shah Alam, Selangor. Program ini bertujuan membentuk kepimpinan remaja secara holistik merangkumi aspek sahsiah, spiritual, sosial dan tanggungjawab kemasyarakatan. Sepanjang tiga hari penganjuran, peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian berimpak tinggi yang berteraskan pembelajaran berasaskan pengalaman. Program dimulakan dengan Slot Moral oleh Dr. Mohd Syazwan Zainal yang menekankan kepentingan nilai moral, etika dan integriti dalam pembentukan jati diri pemimpin muda. Pengisian diteruskan dengan Slot Self Focus dan Relationship Focus yang memberi penekanan kepada pembangunan potensi diri, pengurusan emosi serta kemahiran komunikasi dan hubungan interpersonal. Aktiviti Survival Cooking dan Telematch turut dilaksanakan bagi memupuk kemahiran kepimpinan praktikal, kerjasama berpasukan serta daya tahan fizikal dan mental dalam kalangan peserta. Seterusnya, Slot Community Focus memberi pendedahan kepada peranan remaja sebagai agen perubahan dalam komuniti dan kepentingan kepimpinan berasaskan khidmat masyarakat6

Aspek pembentukan sahsiah diperkukuh melalui Slot Moral oleh Dr. Abu Dardaa Mohamad, manakala Slot Spiritual Focus memberi penekanan kepada keseimbangan rohani sebagai asas kekuatan dalaman seorang pemimpin. Program ini diakhiri dengan Slot Social Justice Focus yang meningkatkan kesedaran peserta terhadap isu sosial, kesaksamaan dan keprihatinan terhadap masyarakat. Secara keseluruhannya, Kem Kepimpinan PERMATA Remaja 2025 (LEAD-X Remaja) berjaya mencapai objektif dalam melahirkan remaja yang berkeyakinan, berakhlak mulia serta mempunyai kesedaran sosial yang tinggi selaras dengan aspirasi pembangunan belia negara.