Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2025 – Pihak Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) telah menerima kunjungan daripada Persatuan Perancangan Sosial dan Inovasi, Arab Saudi ke Pusat Komuniti PERMATA Remaja PA Desa Rejang, Setapak pada hari Khamis yang lalu. Delegasi Arab Saudi yang diketuai oleh Dr. Nawaf Emad ini terdiri daripada 12 orang pakar sosial dan peserta.

Persatuan Perancangan Sosial dan Inovasi merupakan satu entiti yang bersifat inklusif, inovatif dan kolaboratif dalam mencipta impak positif yang berterusan demi kesejahteraan masyarakat di Arab Saudi. Kunjungan ini bertujuan untuk bertukar pandangan sambil meneroka pendekatan inovatif yang memfokuskan belia terutama dari golongan yang berisiko.

Pihak PERKASA berbesar hati dengan kunjungan ini kerana telah membuka ruang kepada perbincangan bermakna serta merintis peluang kolaborasi strategik pada masa hadapan. Semoga pertemuan ini menjadi langkah pertama dalam membina hubungan strategik, seterusnya melahirkan inisiatif bersama yang memberi impak positif kepada masyarakat.