Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PANTAI DALAM, 22 September - Setiausaha Bahagaian, Bahagian PERMATA, KPM iaitu Dr. Nor Suhara Fadzil telah melakukan lawatan ke Pusat Komuniti PERMATA Remaja PPR Seri Pantai dan juga PPR Pantai Ria pada 20 September 2025, bermula jam 11 pagi. Lawatan ini disertai juga iaitu Puan Nora Azua Zaini, PSUK (PP) Bahagian PERMATA dan Puan Siti Maizatul Akmal Abdullah. Kehadiran mereka telah disambut oleh Dr. Nasrudin Subhi, Ketua Program PERMATA Remaja dan Puan Azrina Megat Mustaffa serta peserta Program PERMATA Remaja.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk beramah mesra bersama peserta Program PERMATA Remaja, di samping meninjau pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di pusat komuniti. Antara peserta yang terlibat ialah peserta daripada Kelas Vokal & Muzik, Kek & Pastri, serta Kecantikan. Lawatan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan tertinggi dan peserta, malah turut memberi suntikan motivasi kepada peserta untuk terus aktif, kreatif dan berdaya saing melalui program PERMATA Remaja.

Lawatan ini diharapkan dapat menyuntik semangat peserta dalam memperkasakan kemahiran yang diperoleh seterusnya menjadikan Pusat Komuniti PERMATA Remaja sebagai ruang pembelajaran yang selamat dan bermanfaat.