Skip to main content

Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

UKM INTERNATIONAL ENGLISH IMMERSION SUMMER SCHOOL PROGRAMME 2026

BANGI, 15 Julai 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) UKM telah berjaya menganjurkan UKM International English Immersion Summer School Programme 2026 yang berlangsung selama lapan hari bermula 8 hingga 15 Julai 2026 dengan tema “Language Learning Through an Immersive Experience”. Program ini merupakan kesinambungan daripada lawatan kerja UKM ke Burapha University (BUU), Thailand pada Ogos 2025 yang menyaksikan kesepakatan kedua-dua institusi untuk memperkukuhkan kerjasama akademik melalui penganjuran program pembelajaran Bahasa Inggeris berasaskan pengalaman. Program ini bertujuan memberikan pengalaman pembelajaran Bahasa Inggeris secara imersif melalui interaksi sebenar, pertukaran budaya, aktiviti komuniti dan pembelajaran berasaskan pengalaman.

Sepanjang program berlangsung selama lapan hari, para peserta menyertai pelbagai aktiviti termasuk pengalaman komuniti di PPR Kampung Muhibbah, lawatan warisan dan kebudayaan di Melaka, penerokaan lokasi bersejarah serta ikon kebudayaan di Kuala Lumpur dan Putrajaya, lawatan kampus UKM, sesi perkongsian budaya serta aktiviti Amazing Race yang menekankan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan kepimpinan. Kejayaan program ini bukan sahaja diukur melalui aktiviti yang dilaksanakan, tetapi turut dilihat melalui pembentukan hubungan persahabatan, perkongsian ilmu, peningkatan keyakinan diri serta pemahaman silang budaya dalam kalangan peserta daripada latar belakang negara dan budaya yang berbeza.

Program ini turut menjadi platform dalam memperkukuhkan hubungan strategik antara Universiti Kebangsaan Malaysia dan Burapha University melalui potensi kerjasama lanjutan dalam bidang penyelidikan, aktiviti akademik, mobiliti pelajar dan pelbagai inisiatif antarabangsa pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, UKM International English Immersion Summer School Programme 2026 telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkasa kemahiran komunikasi bahasa Inggeris, memupuk persefahaman dan apresiasi antara budaya, serta melahirkan generasi muda yang lebih yakin, berdaya saing, berpandangan global dan bersedia menghadapi cabaran dunia yang semakin dinamik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *