Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

FUNBAKERS & BADGESTARS CAMP

BANGI, 18 September - Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) telah menganjurkan satu program interaktif khusus untuk kanak-kanak berumur sembilan hingga 17 tahun bertempat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi. Tujuan utama penganjuran ini adalah untuk mengisi masa lapang kanak-kanak sewaktu cuti persekolahan. Terdapat dua slot yang dijalankan iaitu Slot Bake & Smile dan Slot DIY Badge Mania.

Bagi slot pertama iaitu Bake & Smile, peserta telah diberikan penerangan mengenai bahan, peralatan dan teknik asas dalam penyediaan mufin. Seramai sebelas orang peserta dilatih untuk menghasilkan mufin menggunakan kaedah yang betul, bermula daripada penyediaan adunan hingga teknik pembakaran. Slot ini telah melatih kemahiran praktikal peserta di samping mewujudkan pengalaman menyeronokkan.

Bagi Slot DIY Badge Mania pula telah membantu mengasah kreativiti dan meneroka potensi seni kraftangan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah melakar dan mereka bentuk badge menggunakan dua medium iaitu lukisan tangan dan aplikasi dalam talian. Peserta juga melakukan aktiviti menggunting dan mencantumkannya menggunakan mesin buttonbadge. Tambahan pula, aktiviti ini dapat meningkatkan nilai apresiasi seni dan kraf di mana buttonbadge boleh dijadikan cenderahati atau hobi.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa atas kepercayaan yang diberikan dengan menghantar anak-anak untuk turut serta dalam program ini. Sokongan anda amatlah kami hargai.