Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) UKM

 Mengupayakan REMAJA ke arah mada depan CEMERLANG

Latarbelakang

Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah ditubuhkan pada 5 Januari 2010. PERKASA juga merupakan salah satu bahagian daripada Bahagian GENIUS di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PERKASA berperanan dalam menjalankan penyelidikan dan intervensi untuk tujuan pemerkasaan demi membina generasi muda yang berkeyakinan, bersifat dinamik, dan mempunyai jati diri yang mantap. Dalam mencapai matlamatnya, PERKASA sedang menggerakkan dua program iaitu intervensi dalam kem (Kem PERKASA@remaja) dan intervensi dalam komuniti (Program Komuniti GENIUS Remaja)

Penyelidikan dan intervensi yang dilaksanakan oleh pihak PERKASA memungkinkan pewujudan potensi diri remaja dari segi sosial, moral, emosi, kognitif dan fizikal.