Perkhidmatan
Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), Universiti Kebangsaan Malaysia menawarkan beberapa perkhidmatan utama iaitu:
- Penyelidikan Sosial
- Pembangunan Modul
- Pembangunan Aktiviti
- Jalinan Kerjasama
Penyeldikan Sosial
PERKASA mempunyai satu pasukan penyelidik yang berpengalaman bagi menjalankan kajian dalam mengenalpasti permasalahan sosial yang berlaku dalam kalangan remaja serta berusaha menemukan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Melalui kerjasama dari agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam serta luar negara dalam bidang yang sama PERKASA mampu untuk melaksanakan projek penyelidikan yang inovatif
Pembangunan Modul
PERKASA mempunyai penyelidik dan staf yang berpengalaman dan berkemahiran luas dalam bidang fasilitator atau pemudahcara serta mampu membangunkan modul-modul latihan yang sesuai dengan keperluan semasa.
Pembangunan Aktiviti
Merancang dan menyediakan pelbagai program dan aktiviti khusus untuk pemulihan dan pencegahan remaja dalam usaha pemerkasaan kendiri, emosi, fizikal dan spiritual.
Jalinan Kerjasama
Melaksanakan jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi dan pusat penyelidikan serantau dan antarabangsa untuk memantapkan penyelidikan bagi menerokai dan menyelesaikan isu-isu remaja berisiko.