Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

KUALA LUMPUR, 14 DISEMBER 2025 – Satu bengkel Genderasi Muda anjuran Pejabat Ahli Parlimen Seputeh dan Majlis Perwakilan Penduduk Seputeh dengan kerjasama PERMATA Remaja telah berlangsung dengan jayanya di Blok A, PPR Kg Muhibbah. Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman gender kepada golongan remaja seperti hak autonomi tubuh wanita dan juga isu-isu keganasan berasaskan gender. Bengkel yang berlangsung selama tiga jam ini telah dihadiri oleh seramai 15 orang peserta PERMATA Remaja yang terdiri daripada empat orang peserta lelaki dan 11 orang peserta perempuan. Antara aktiviti yang berlangsung dalam bengkel ini ialah sesi penyampaian informasi, latihan dan advokasi memberi respon terhadap isu gender dan juga ruang perkongsian selamat.

PERMATA Remaja mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Semoga dengan penganjuran program ini dapat membina sebuah masyarakat yang harmoni, selamat dan sejahtera khususnya komuniti di PPR Kg Muhibbah.