Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

BANGI, 7 September - UKM-Graduate School of Business (UKM-GSB) yang diketuai oleh Dr. Roslan Jaafar dengan kerjasama Kolej Keris Mas telah menganjurkan Program Keusahawanan Belia. Program ini dirangka khusus untuk melahirkan generasi belia yang berfikiran kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam dunia keusahawanan. Para peserta akan berpeluang mengikuti pelbagai sesi perkongsian ilmu, bengkel interaktif serta bimbingan daripada pakar industri. Program ini telah berlangsung selama tiga hari iaitu 5 hingga 7 September 2025 di Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sesi kemuncak menampilkan pembentangan idea keusahawanan oleh para peserta. Idea terbaik bukan sahaja akan dinilai berdasarkan keunikan dan potensi pasaran, malah juga keupayaan untuk memberi impak kepada komuniti. Nilai hadiah yang diperoleh oleh pemenang tempat pertama, RM 300, manakala tempat kedua, RM200 dan tempat ketiga RM100. Penganjuran ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan usahawan muda yang berwawasan serta mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.