Pusat Pemerkasaan Remaja

Selamat Datang ke Laman Web Perkasa

Berita

Dapatkan informasi dan berita terkini dari PERKASA, di mana kami berkongsi berita tentang pemerkasaan belia dan inisiatif komuniti kami. Ketahui tentang perkembangan kami.

PROGRAM MENTAL HEALTH BOOT CAMP - PAUSE AND BREATH

CHERAS, 12 Julai 2025 - Perkhidmatan Klinik Mesra Remaja (PKMR) Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn dengan kerjasama Jawatankuasa Pemulihan Dadah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan jayanya telah menganjurkan satu program yang dinamakan "Mental Health Bootcamp - Pause and Breath" pada 12 Julai 2025 bertempat di Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn. Seramai tujuh peserta dari Program PERMATA Remaja yang telah menyertai program ini. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman remaja tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental seterusnya memberi pendedahan tentang kemahiran mengatasi cabaran serta strategi pengurusan tekanan.

Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta seterusnya dengan sesi aerobik. Sekitar jam 9.00 pagi, program diteruskan dengan ketibaan tetamu jemputan dan Pakar Perubatan Keluarga. Ucapan aluan daripada Pakar Perubatan Keluarga disampaikan, bagi membuka tirai majlis secara rasmi. Selepas itu, antara slot yang dianjurkan adalah ceramah kesihatan mental, aktiviti treasure hunt dan sesi interaktif, serta sesi perkongsian bersama Dr. Mujahid. Setiap slot yang berlangsung telah memberi input yang berguna kepada peserta terutamanya peserta PERMATA Remaja yang berhadapan dengan tekanan miskin bandar. Aktiviti seperti ini memberi ruang kepada mereka untuk bermain, meluahkan perasaan, berkongsi pengalaman dan dalam masa yang sama dapat mengetahui tentang kesihatan mental terutamanya strategi untuk mendapatkan sokongan sosial apabila menghadapi cabaran.

Secara keseluruhan, Program Mental Helath Boot Camp telah memberikan impak positif kepada peserta melalui pelbagai aktiviti menarik yang menyentuh aspek mental, fizikal dan sosial. Program ini dapat dilihat menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 3: Kehidupan Sihat dan Kesejahteraan dengan menyebar luas tentang kesihatan mental dan kesejahteraan menyeluruh dalam komuniti. Jutaan terima kasih diucapkan kepada penganjur atas jemputan dan aktiviti bermanfaat ini. Diharapkan inisiatif ini diteruskan demi melahirkan masyarakat yang lebih sihat, harmoni dan sejahtera.