Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News@PERMATA Remaja

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

Ceramah Kesedaran Kanser oleh MAKNA

Bangi, 27 November 2019 – GENIUS Remaja berkolaborasi dengan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) telah mengadakan satu ceramah berkaitan dengan kesedaran penyakit kanser di Malaysia. Hal ini demikian kerana,  kanser merupakan penyebab kedua kematian di Malaysia dan dianggarkan 20, 000 kes baru didaftar setiap tahun. Slot ceramah ini telah diadakan di Bilik Sarjana Kepolisan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM yang disertai oleh 30 orang peserta GENIUS Remaja. Slot ceramah ini dipenuhi dengan pelbagai info berkaitan MAKNA dan kanser, sesi perkongsian yang interaktif oleh cancer survivor dan latihan dalam kumpulan.

Ceramah Kesedaran Kanser diadakan bertujuan:

  1. Memperkenalkan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) sebagai salah satu pertubuhan yang menyediakan rawatan, pencegahan, penyelidikan dan khidmat sokongan kepada pesakit kanser dan keluarga, golongan berisiko serta setiap individu di Malaysia dan dunia.
  2. Mempromosikan aktiviti serta program kesukarelawanan yang dijalankan oleh MAKNA kepada peserta GENIUS Remaja.
  3. Memberi suntikan semangat kepada peserta GENIUS Remaja untuk sentiasa positif dan saling membantu dalam kehidupan .
Peserta GENIUS Remaja sedang melakar dan menulis kata-kata semangat kepada pesakit-pesakit kanser.
Sesi pembentangan hasil kerja dalam kumpulan.
Sesi bergambar bersama pihak MAKNA, pengurusan GENIUS Remaja dan peserta GENIUS Remaja