Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News@PERMATA Remaja

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

Kem Kepimpinan GENIUS Remaja

Hulu Langat, Januari 2020 - Pihak Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) telah mengadakan Kem Kepimpinan GENIUS Remaja bertempat di Photon Valley Eco Resort selama 3 hari bermula pada 17 hingga 19 Januari 2020.

Kem pada kali ini telah melibatkan semua peserta yang aktif  kelas kemahiran dari Pusat Komuniti GENIUS Remaja Desa Rejang, Sri Pantai, Pantai Ria dan juga Kg. Muhibbah. Kem ini bertujuan untuk menerapkan 5 aset dalaman dalam diri peserta iaitu tanggungjawab, keyakinan diri, pandangan yang positif tentang masa hadapan, integriti dan penyelesaian masalah.

Antara modul yang didedahkan dalam kem kali ini ialah Modul Excellent: Management, Emotion dan Dream.

  1. XCELLENT DREAMS – Elemen ini perlu untuk penetapan matlamat dalam kehidupan kerana ini antara kunci kejayaan bagi seseorang pelajar. Dalam program ini, pelajar akan bermula dengan mempelajari kaedah menulis impian dan mencipta Dream Board sebagai salah satu sumber motivasi selepas program. Selain itu, elemen pemantapan jati diri turut akan disentuh dalam bahagian ini.
  2. XCELLENT EMOTIONS Pengurusan emosi dan kekuatan spiritual merupakan elemen penting dalam kesejahteraan individu. Bahagian ini memberikan fokus kepada pengurusan emosi melalui template Emotional Canvas yang akan membantu pelajar dalam memantapkan kekuatan spiritual sebelum menghadapi peperiksaan dan akan mencapai kecemerlangan akademik apabila mampu mengekalkan prestasi semasa musim peperiksaan.
  3. XCELLEN MANAGEMENTPengurusan masa dan kerja rumah yang diberikan oleh guru merupakan salah satu elemen yang ingin diterapkan. Oleh itu, pendedahan kepada penggunaan Task Progress Chart dan Task Management Chart diberikan kepada pelajar untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Peserta tekun mempelajari Task Progress dan Task Management di dalam dewan Photon Valley.

Peralatan abseiling diperkenalkan sebagai langkah keselamatan kepada peserta sebelum melakukan aktiviti tersebut.

Peserta menunggu giliran sebelum melakukan aktiviti abseiling.