Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News@PERMATA Remaja

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

Lawatan Kerja Pakar Bidang PERKASA Ke Korea Selatan

Seoul, Februari 2020 -Lawatan Kerja Pakar PERKASA Ke Korea Selatan merupakan program inisiatif pihak PERKASA sendiri untuk menggalakkan felo, staf dan tenaga pengajar sentiasa berfikiran kritis dan inovatif. Program ini bermatlamat untuk pemindahan teknologi serta pertukaran idea selain pendedahan terhadap cara pembelajaran kelas kemahiran di universiti di Korea Selatan.

Beberapa tempat di Seoul yang dituju bagi mencapai matlamat program. Antaranya ialah Korean Temple Food, Korean Baking School, Gyeongbok Castle dan juga Nine Tree Instituite. Pihak PERKASA merasakan program ini perlu diberi perhatian bagi memperoleh impak dan hasil yang positif untuk dimanfaatkan bersama. Selain itu, secara tidak langsung program ini dapat mengeratkan hubungan universiti di Malaysia dan Korea Selatan.

Penggambaran di hadapan Gyeongbok Castle

Felo, staf dan juga tenaga pengajar sedang merasai roti yang dibuat oleh pelajar Korean Baking School.