Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News@PERMATA Remaja

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

Outdoor Kelas Kecantikan ke HONEY SPA, BANGI

Bangi, Ogos 2020 - Enam orang pelajar aktif kelas kecantikan telah dibawa ke Honey Spa, Bangi bagi memberi pendedahan tentang keadaan persekitaran sebenar bagaimana sesuatu spa kecantikan beroperasi dan menguruskan pelanggan. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memupuk minat peserta kelas kecantikan Program Komuniti GENIUS Remaja dalam bidang kecantikan seterusnya menambahkan lagi pemahaman yang dipelajari dalam kelas.

Objektif lawatan:

  • Menambah ilmu pengetahuan tentang perniagaan berasaskan kecantikan kepada peserta.
  • Menanam sikap suka akan ilmu yang telah dipelajari di dalam kelas.
  • Mengeratkan hubungan tenaga pengajar dengan peserta kelas kecantikan Program Komuniti GENIUS Remaja.