Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News@PEMATA Remaja

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

Pertandingan E-Sport GENIUS Remaja

Kuala Lumpur, April 2020 - Esport merupakan sukan yang tidak memerlukan sentuhan fizikal untuk meraih kemenangan dan mendapat pengiktirafan oleh semua lapisan masyarakat. Oleh sebab itu, Pertandingan E-sport Mobile Legend telah dijalankan dalam talian pada 26 April 2020 dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua peserta Pusat Komuniti GENIUS Remaja. Sebanyak lapan kumpulan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pertandingan ini dianjurkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi mengisi masa peserta GENIUS Remaja dengan perkara yang berfaedah.

Tujuan pertandingan ini dilaksanakan adalah untuk menjadikan e-sport satu medium perantara yang mampu menarik minat remaja untuk belajar. Hal ini demikian kerana, melalui e-sport remaja dapat mempelajari kemahiran menyelesaikan sesuatu masalah, kemahiran membuat keputusan dalam masa yang singkat serta kemahiran kerja dalam pasukan. Di samping itu, pertandingan ini menerapkan nilai persaingan secara sihat. Harapnya dengan pertandingan ini peserta Program Komuniti GENIUS Remaja sentiasa berusaha mencari inisiatif untuk melakukan aktiviti yang bermanfaat agar dapat mengurangkan tekanan akibat pandemik covid-19.