Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News@PEMATA Remaja

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

Program Genius Remaja 4 Komuniti

Tasik Chini, Mac 2020 – Seramai 25 peserta Program Komuniti GENIUS Remaja  telah menjayakan Program GENIUS Remaja 4 Komuniti yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Tasik Cini, Pahang pada 1 Mac 2o2o  yang telah melibatkan komuniti orang Asli di Tasik Chini. Program ini dianjurkan dengan kolaborasi Pusat Pemerkasaan Remaja, PIBG Sekolah Tasik Cini dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), UKM, Pahang. Program ini dirancang dengan matlamat untuk memupuk sikap suka berbakti kepada masyarakat tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. Seterusnya, melahirkan peserta yang mempunyai nilai tambah dari segi tanggungjawab sebagai individu yang bermasyarakat.

Antara aktiviti yang dijalankan sewaktu program ialah pembukaan booth jualan dari setiap kelas kemahiran, pertandingan dekorasi kek, acara tata rias wajah dan busking. Program ini telah dihadiri dan disertai oleh ibu bapa dan juga pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tasik Cini. Sambutan yang agak memberangsangkan dari penduduk sekitar membuatkan program ini bertambah meriah.

Adik Anafee (paling kanan) dan Luqman sedang memproses button badge yang ditempah.

Beberapa anak Perkampungan Orang Asli telah menyertai Pertandingan Dekorasi Kek.

Persembahan busking dari peserta kelas muzik GENIUS Remaja.

Gambar anak-anak orang asli ditangkap oleh peserta kelas fotografi GENIUS Remaja.