Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News@PERMATA Remaja

Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak 2017

PWTC - Seminar yang dianjurkan oleh Bahagian PERMATA Negara ini mensasarkan seramai 1000 peserta di kalangan ahli-ahli parlimen, pembuat dasar dan pegawai kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGOs), ibu-bapa, ahli akademik, media, pengusaha jagaan kanak-kanak, para pendidik, kanak-kanak. Seminar yang dijalankan selama dua hari iaitu  13 – 14 Mac 2017 ini merupakan seminar yang sarat dengan pelbagai info dan sesi perkongsian yang interaktif di antara penceramah dan peserta.

Seminar Jenayah Kanak-kanak ini dianjurkan bertujuaan:

    i. Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jenayah seksual kanak-kanak dan cara melindungi kanak-kanak daripada sebarang ancaman penjenayah;
    ii. Mendapatkan komitmen daripada semua pihak dalam usaha mencegah dan membasmi jenayah seksual kanak-kanak serta menyediakan perkhidmatan sokongan
    iii. Memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perlunya mewujudkan satu akta baharu berkenaan jenayah seksual kanak-kanak.

Antara fokus dalam seminar ini termasuklah (1) Senario Semasa: Isu dan Cabaran, (2)Sexual Grooming, (3)Memahami minda dan mengenali corak tingkah laku pesalah seksual kanak-kanak, (4) Perkongsian Penyelesaian dan Amalan Terbaik –pengalam tempatan dan luar negara (5) Komitmen peserta dalam membanteras jenayah seksual kanak-kanak dan (6) Rang Undang-undang Jenayah Seksual Kanak-Kanak.

Isteri Perdana Menteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor pada majlis pra pelancaran 'Seminar Jenayah Seksual Kanak kanak: Hentikan' di Seri Perdana. Turut hadir bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pembanguanan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Rohani Abdul Karim.

Sebahagian peserta seminar yang terdiri daripada pelajar dan pengurus Pusat Komuniti PERKASA@remaja.

Majlis Perasmian Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak : HENTIKAN !! yang disempurnakan oleh Dato' Sri Mohammad Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.