Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.
PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA PAMERAN EKSPRESI WARNA 2025

SHAH ALAM, 2 Ogos 2025 – Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) telah menerima jemputan daripada Persatuan Fotografi ITM/UiTM (FOKUS) untuk menyertai pertandingan fotografi bersempena Pameran Ekspresi Warna 2025 yang bertempat di Galeri Seni Shah Alam, Selangor. Program ini merupakan anjuran bersama FOKUS dengan Angkatan Senifoto Wilayah Persekutuan (ASFONWP) dan Galeri Seni Shah Alam.

PERKASA telah menghantar seramai dua belas orang peserta fotografi PERMATA Remaja untuk menyertai pertandingan ini dan telah diiringi oleh dua orang tenaga pengajar fotografi iaitu Cikgu Sukrie dan Cikgu Mazlan. Pertandingan berlangsung pada 2 Ogos 2025, bermula jam lapan pagi sehingga dua petang. Tujuan utama penyertaan ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dalam suasana yang kompetitif di samping mengasah bakat serta potensi peserta dalam bidang kemahiran fotografi.

Terima kasih kepada FOKUS, ASFONWP dan Galeri Seni Shah Alam atas penganjuran Pameran Ekspresi Emosi Warna. Satu platform bermakna untuk peserta PERMATA Remaja mengekspresikan kreativiti dan bakat fotografi mereka.