Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PANTAI DALAM, 7 Januari – Sesi ketiga program A.C.T.I.V.E (Active Choices Towards Values & Health) telah berlangsung pada 7 Januari 2026 dengan tema “Teens Talk”. Pengisian aktiviti berfokus kepada kesedaran kesihatan mental dalam kalangan remaja dengan melibatkan aktiviti dalam kumpulan, pembelajaran emosi dan strategi komunikasi berkesan dengan mempelajari bagaimana mengekspresi emosi dalam persekitaran yang selamat dan terkawal, perkongsian bersama pempengaruh dan sesi refleksi.

Program A.C.T.I.V.E. siri ketiga merupakan inisiatif kolaboratif yang dijayakan bersama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Hospital al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM sebagai rakan kolaborasi utama. Program ACTIVE ini juga adalah sebagai sebahagian daripada latihan Felo Klinikal ‘Adolescent Health in Primary Care’ oleh Dr Hayatul Najaa Miptah dari UiTM di bawah penyeliaan Prof Madya Dr Noor Azimah Muhammad, Fakulti Perubatan UKM. Program ini turut dijayakan oleh Pegawai Perubatan dari Klinik Primer HCTM dan Pegawai Perubatan Siswazah (Alumni UiTM) sebagai fasilitator. Peserta diberikan pendedahan kepada pengurusan emosi dan diberikan kemahiran mengendalikan emosi dan kesihatan mental secara bijak. Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat kepada mereka untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian serta dapat juga dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.