Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PROGRAM DEIN ERSTES DEUTSCH-ABENTEUER!

KELANA JAYA, 19 Julai 2025 – UNITAR International University (UNITAR) telah menganjurkan program bertemakan “DEIN ERSTES DEUTSCH-ABENTEUER!” bertempat di kampus UNITAR, Kelana Jaya. Program ini melibatkan penyertaan seramai 60 orang peserta Program PERMATA Remaja yang terdiri daripada pelbagai kelas kemahiran. Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta mengenai asas penggunaan bahasa Jerman. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pengenalan kepada budaya Jerman, penggunaan ayat harian, serta pembelajaran asas nombor dan warna dalam bahasa tersebut.

Program dibahagikan kepada dua sesi utama. Pada sesi pertama, peserta diperkenalkan secara ringkas kepada ucapan harian yang lazim digunakan di Jerman serta asas nombor dan warna. Manakala pada sesi kedua, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjawab soalan kuiz yang disediakan oleh pihak fasilitator UNITAR. Kumpulan terbaik yang berjaya menjawab dengan tepat telah menerima hadiah sebagai galakan. Penganjuran program ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk mengenali bahasa dan budaya asing, malah turut membuka minda mereka terhadap kepelbagaian budaya antarabangsa.

Terima kasih diucapkan kepada pihak UNITAR International University atas penganjuran program sebegini. Diharapkan usaha kolaboratif ini dapat meningkatkan keterlihatan Program PERMATA Remaja serta memperkukuh jaringan kerjasama antara Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) dan pihak swasta pada masa akan datang