Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PROGRAM KOLABORASI BERSAMA SMK SEKSYEN 1 BANDAR KINRARA

PUCHONG, 22 Ogos 2025 - PERMATA Remaja telah mengadakan satu program pengenalan PERMATA Remaja kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara, Puchong. Program pengenalan mensasarkan pelajar-pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga yang menetap di sekitar Pusat Komuniti PERMATA Remaja, PPR Kg Muhibbah. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan tentang pengisian program PERMATA Remaja yang dilaksanakan dan juga untuk merekrut peserta-peserta baharu. Antara pengisian program pengenalan ini adalah ceramah berkenaan kandungan program PERMATA Remaja seperti objektif penubuhan, kelas-kelas kemahiran serta perkongsian aktiviti yang pernah dilaksanakan. Selain itu, bagi memeriahkan sesi ini, persembahan daripada peserta kelas kemahiran Muzik dan Vokal turut diadakan bersama pelajar-pelajar.

Seterusnya, terdapat juga sesi perkongsian daripada alumni PERMATA Remaja yang juga merupakan alumni SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara iaitu saudara Muhammad Idris bin Kamaruzaman yang kini merupakan mahasiswa Diploma Fotografi di UiTM Lendu, Melaka. Program ini diakhiri dengan sesi kuiz dan pemberian cenderahati kepada peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz. Pihak PERMATA Remaja ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga yang terlibat sepanjang program ini. Jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara, tidak lupa juga kepada Unit Bimbingan Kaunseling yang diketuai oleh Cikgu Asyikin selaku Guru Kaunseling atas kesudian menerima kunjungan PERMATA Remaja ke sekolah yang indah ini. Semoga jalinan kerjasama ini dapat memberi lebih banyak manfaat kepada pelajar-pelajar khususnya remaja di dalam komuniti setempat. Semoga kita bertemu lagi!