Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

WANGSA MAJU, 9 September 2025 – PERMATA Remaja telah mengadakan satu program pengenalan PERMATA Remaja kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5, Wangsa Maju. Program ini telah melibatkan seramai 300 orang pelajar tingkatan tiga yang hadir bagi mendengar penerangan berkenaan pengisian program serta peluang yang ditawarkan. Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan PERMATA Remaja kepada pelajar dan seterusnya mendapatkan peserta-peserta baharu yang berminat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. Antara pengisian program termasuklah slot motivasi ringkas yang bertujuan memberi dorongan kepada pelajar dalam aspek pembelajaran dan sahsiah diri.

Selain itu, turut diadakan perkongsian daripada peserta Program PERMATA Remaja yang juga merupakan pelajar tingkatan empat di sekolah tersebut. Perkongsian ini memberi gambaran sebenar kepada pelajar mengenai manfaat yang diperoleh sepanjang menyertai program. Program ini diakhiri dengan sesi kuiz interaktif yang mendapat sambutan meriah daripada para pelajar. Pemenang-pemenang kuiz turut menerima cenderahati sebagai penghargaan.

Pihak PERMATA Remaja ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan pentadbir SMK Seksyen 5 Wangsa Maju, khususnya kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling atas kesudian menerima kunjungan ini. Semoga kerjasama yang terjalin dapat memberikan lebih banyak manfaat kepada para pelajar dan komuniti setempat.