Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

PROGRAM KOLABORASI BERSAMA SMK VIVEKANANDA

KUALA LUMPUR, 11 Disember 2025 – Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) terus komited dalam memperluaskan jaringan kerjasama strategiknya apabila menjayakan satu program kolaborasi bersama SMK Vivekananda. Program ini telah disertai oleh seramai 200 orang pelajar dan dilaksanakan sebagai platform untuk memperkenalkan Program PERMATA Remaja kepada warga sekolah berkenaan. Pelaksanaan program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang pelbagai peluang dan inisiatif yang disediakan melalui Program PERMATA Remaja, khususnya dalam memperkasa kemahiran serta pembangunan potensi diri. Di samping itu, program ini turut membuka ruang kepada pelajar untuk mengenali kelas-kelas kemahiran yang ditawarkan, sekali gus menarik minat mereka untuk menyertai program yang dianjurkan.

Sepanjang sesi berlangsung, para pelajar telah diberikan penerangan terperinci mengenai beberapa kelas kemahiran antaranya fotografi, solekan, vokal dan muzik, kek dan pastri serta penghasilan button badge. Pihak PERMATA Remaja merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada SMK Vivekananda, terutamanya pihak pentadbiran sekolah dan kaunselor, atas sokongan serta kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini.

PERMATA Remaja berharap agar hubungan kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan pada masa akan datang demi memastikan manfaat program dapat diperluaskan kepada lebih ramai pelajar. Semoga pengenalan Program PERMATA Remaja ini mampu memberi kesan positif serta menyumbang kepada pembentukan sahsiah dan kemahiran pelajar SMK Vivekananda pada masa hadapan.