Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News@PERMATA Remaja

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

Program Penerangan PERKASA@remaja UKM di SMK Zon R1 Wangsa Maju

24 Oktober 2016 – PERKASA@remaja UKM telah dijemput oleh pihak sekolah bagi memberikan penerangan berkenaan program komuniti yang dijalankan di Pusat Komuniti PERKASA@remaja. Pelajar yang terlibat dalam dalam sesi penerangan ini terdiri daripada murid-murid Tingkatan 3 yang baharu menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Program ini juga merupakan usaha pihak sekolah dalam mengisi masa senggang para pelajar disamping membuka ruang bagi para pelajar menyertai program yang memberi manfaat kepada mereka.

Pengenalan tentang PERKASA@remaja telah disampaikan oleh kakitangan PERKASA@remaja sendiri,  manakala penerangan berkaitan kelas kemahiran yang ditawarkan telah disampaikan masing-masing oleh tenaga pengajar dari kelas Vokal & Muzik dan Fotografi. Di akhir sesi penerangan, para pelajar SMK Zon R1 Wangsa Maju dihidangkan dengan persembahan yang cukup mantap daripada pelajar-pelajar kelas Vokal & Muzik, PERKASA@remaja.