Seminar Gastronomi Kebangsaan Kali Ke-3 (SEGEMUKIII) 2026
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (ATMA, UKM) akan menganjurkan Seminar Gastronomi Kebangsaan Kali Ke-3 (SEGEMUKIII) 2026 bertemakan “Juadah : Asli VS Lakuran”.
Sukacita kami ingin menjemput Prof./ Dato’/ Datuk/ Datin/ Prof. Madya Dr./ Dr./ Tuan/ Puan, untuk menyertai SEGEMUKIII, 2026 seperti ketetapan berikut;
Laman Sesawang Rasmi: https://tinyurl.com/segemuk2026
Borang Pendaftaran : https://forms.gle/QLEK2LG2XoPfXFAG6
Terhad kepada 30 pembentang sahaja.
Yuran Penyertaan : Pembentang-RM300, Peserta-RM200, Pelajar-RM100
Subtema SEGEMUKIII, 2026 adalah seperti berikut;
• Tradisional & Warisan
• Ilmu & Dokumentasi
• Memori & Identiti
• Budaya Masyarakat
• Kelestarian
• Industri
• Sains Makanan
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi kami atau hubungi kami melalui emel di segemuk@ukm.edu.my
