Kebolehpasaran Graduan UKM: Satu Kajian Perbandingan Antara Graduan Disiplin Sains dengan Bukan Sains

Detail

Author: Shaharuddin Ahmad , noraziah ali & Mohd Fauzi Hamzah
Publisher: Pusat Akreditasi Pembelajaran
Year: 2011
Number of Pages: 10
Reference/DownloadClick here

Summary

Abstrak

Usaha pengesanan dan menjejaki graduan IPTA telah lama dilaksanakan oleh semua universiti awam di Malaysia, termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM). Memiliki kerjaya sejurus seorang graduan menamatkan pengajian di sesebuah pusat pengajian tinggi adalah salah satu ukuran kebolehpasaran siswazah. Kajian ini cuba menganalisis kebolehpasaran graduan UKM berjumlah 32546 orang sejak tahun 2006 hingga 2010 yang terbahagi kepada pelajar gugusan sains dan bukan sains. Analisis kajian menggunakan kaedah statistik mudah seperti min dan peratusan. Kajian mendapati tiga status pekerjaan graduan sejurus meninggalkan UKM, iaitu bekerja, mengikuti program pengukuhan sumber manusia, dan belum perolehi pekerjaan. Graduan bekerja merupakan kumpulan terbesar bagi tempoh 2006 -2010, dan didapati tiada perbezaan antara graduan sains dan bukan sains. Namun, garaduan sains lebih besar nisbahnya bagi kategori pemantapan sumber manusia, tetapi lebih kecil nisbahnya bagi yang belum memperolehi pekerjaan. Sektor kerajaan dan swasta tempatan adalah tumpuan graduan UKM, diikuti sektor swasta asing. Keseluruhannya, kebolehpasaran graduan UKM dianggap secara relatif baik, dan dengan itu masih terdapat ruang yang perlu ditingkatkan menerusi program pembangunan kerjaya dan latihan industri di UKM. Selain itu, pelajar perlu digalakkan berniaga menerusi meningkatkan program keusahawanan supaya graduan tidak terlalu bergantung kepada pasaran kerja.

Kata kunci: Kebolehpasaran; disiplin sains; disiplin bukan sains; graduan; kemahiran insaniah

Muat Turun Teks Penuh (pdf)