ABSTRAK
Program bual bicara bertajuk "Tort dalam Konflik Strata" yang dianjurkan oleh Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia pada 22 Jun 2025 bertujuan menangani jurang pengetahuan dalam undang-undang tort dalam kalangan penduduk strata yang sering menjadi punca konflik seperti jiran bising dan kerosakan harta bersama. Sesi dialog yang menampilkan seorang moderator dan empat panel pakar membincangkan aspek undang-undang, pengurusan bersama, peranan tribunal strata dan penguatkuasaan. Tinjauan selepas program menunjukkan peningkatan kesedaran penduduk daripada 10% kepada 88% mengenai pengetahuan berkaitan tort dalam strata. Inisiatif ini menyokong SDG 11 dengan mempromosikan keharmonian dalam komuniti bertingkat tinggi dan SDG 16 dengan mengukuhkan akses komuniti kepada keadilan melalui pendidikan undang-undang.
Kata Kunci: Undang-undang tort, konflik strata, keadilan.