• Home
  • Publications
  • 2025
  • Soroton Literatur Sistematik: Efikasi Kendiri dalam Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) bagi Pendidikan Keusahawanan

Soroton Literatur Sistematik: Efikasi Kendiri dalam Penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) bagi Pendidikan Keusahawanan


Book Details

Author : MOHAMAD RIFQI ARIFFIN* & SHEERAD SAHID
Publisher : HEP-UKM
Publication Year : 2025
Reference Link : Full Text PDF

ABSTRAK

Dalam era Revolusi Industri 4.0, pendidikan tinggi dituntut untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja celik teknologi tetapi juga memiliki keupayaan kendiri yang tinggi untuk menceburi bidang keusahawanan. Kajian ini berbentuk tinjaun sorotan literatur sistematik (Systematic Literature Review, SLR) bagi mengenal pasti, menganalisis dan mensintesis hubungan efikasi kendiri dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi pendidikan keusahawanan. Oleh itu, kriteria PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses) melalui empat langkah identification, screening, eligibility, dan inclusion telah digunakana bagi tinjaun ini. Carian menyeluruh terhadap pengkalan data elektronik dengan menggunakan kata kunci dan rentetan carian telah mengenalpasti sebanyak 627 artikel jurnal daripada pangkalan data Scopus, Web of Science (WOS) dan Google Scholar. Setelah melalui proses saringan, 10 artikel empirikal antara tahun 2020 hingga 2025 telah dipilih berkaitan dengan topik yang ditegaskan berdasarkan kriteria kemasukan dan ketakmasukan yang dikenalpasti. Hasil tinjuan artikel jurnal menunjukkan penggunaan AI dalam pendidikan keusahawanan telah didapati meningkatkan tahap efikasi kendiri dalam kalangan pelajar. Penggunaan AI secara signifikan meningkatkan efikasi kendiri pelajar melalui pendekatan seperti pembelajaran kendiri, pembelajaran tersuai, simulasi perniagaan dan literasi digital. Efikasi kendiri berperanan sebagai pemangkin kepada peningkatan niat keusahawanan bagi pelajar. Kajian ini turut mengisi jurang pengetahuan sedia ada dengan menggabungkan perspektif teknologi dan psikologi dalam konteks pendidikan keusahawanan, terutamanya di negara membangun. Antara cadangan lanjutan kualititatif bagi meneroka secara mendalam pengalaman subjektif pelajar dalam menggunakan AI untuk tujuan pembelajaran keusahawanan.

Kata kunci: efikasi kendiri, kecerdasan buatan (AI), pendidikan keusahawanan, PRISMA, SLR