SESI PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PUSAT PERUMAHAN PELAJAR DAN KOLEJ KEDIAMAN

Pusat Perumahan Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia (PPP-UKM) telah menganjurkan Sesi Perkongsian Amalan Terbaik Pusat Perumahan Pelajar dan Kolej Kediaman pada 10 November 2025, bertempat di Bilik Latihan 2, Aras 6, Kolej Keris Mas. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, Encik Mohd Firdaus Yahaya, dan diteruskan dengan Sesi Perkongsian Projek Inovasi Sistem Kunci […]