Pusat Latihan PPP-UKM yang diselia oleh Pusat Perumahan Pelajar (PPP-UKM) terletak di tiga lokasi utama iaitu Beranang, Teluk Intan, dan Tanjong Karang.
Pusat ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik penginapan, bilik mesyuarat, surau, gelanggang dan padang bagi memastikan keselesaan peserta sepanjang tempoh program. Selain menjadi lokasi utama bagi penganjuran kursus dan bengkel anjuran dalaman UKM, pusat latihan ini turut dibuka kepada agensi luar yang ingin menjalankan latihan, seminar, atau program pembangunan sumber manusia, dengan menawarkan kemudahan ruang yang berkualiti dan kondusif.
Di Teluk Intan, pusat latihan ini juga berdekatan dengan beberapa destinasi tarikan menarik seperti Menara Condong Teluk Intan, Restoran Udang Galah, River Front, Jeti Telimetri, Pulau Bangau, dan Tokong Hock Soon Keong, sekali gus memberikan peserta peluang untuk menikmati pengalaman pembelajaran yang produktif dalam suasana yang lebih seimbang antara latihan dan aktiviti rekreasi setempat.