Pusat Jaringan Industri & Komuniti

 Centre for Industry & Community Partnerships

Majlis Pelancaran Penjana KPT – CAP

BANGI, 28 September – Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Majlis Pelancaran Penjana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Kementerian Pengajian Tinggi – Career Advancement Programme (PENJANA KPT-CAP) di Dewan Canselor Tunku Abdul Razak (DECTAR), UKM Bangi. Program KPT-CAP ini disediakan khusus untuk mengatasi masalah pengganguran dalam kalangan graduan akibat daripada pandemik COVID-19 yang melanda satu dunia pada tahun ini. Satu portal telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk para graduan iaitu Graduates
Reference Hub for Employment and Training (GREaT) adalah portal sehenti kepada graduan
untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang kerjaya, program dan tips meningkatkan
kebolehpasaran graduan. 
Portal ini membolehkan graduan mencari pekerjan, memulakan sesebuah perniagaan, melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, mencari pembiaya pengajian dan meningkatkan kemahiran-kemahiran. 

Siaran Langsung Majlis Perasmian

Ucapan Perdana Menteri

ms_MYMS_MY