Pengenalan

YBhg . Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman
Mohd Syuhaimi Bin Ab. Rahman telah dilahirkan di Tanah Merah Kelantan pada tahun 1977. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah (1984-1989) dan Sekolah Menegah Agama (Arab) Padang Siam (1990-1993). Kemudian beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Datu Mahmud Paduka Raja untuk memilih aliran sains tulen. Mendapat pendidikan tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah dianugerahkan biasiswa penuh oleh Majlis Amanah rakyat (MARA) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sehinggalah ke peringkat Doktor Falsafah di Universiti yang sama dan telah berjaya dianugerahkan ijazah doktor falsafah serta membawa gelaran Dr (Ph.D) pada tahun 2007.
Memulakan kerjaya di UKM pada pertengahan tahun 2007 sebagai pensyarah muda (DS45). Di UKM beliau telah menghasilkan lebih dari 250 buah artikel jurnal dan lebih dari 170 buah prosiding. Sebanyak 3 artikel beliau telah dianugerahkan sebagai kertas kerja terbaik dipersidangan antarabangsa. Telah menghasilkan 5 Bab dalam Buku dan dijangka pada tahun 2011 akan menerbitkan empat buah buku iaitu ‘Modul Pengurusan Penyelidikan’ (kerjasama KPT), ‘Manual Pengurusan Penyelidikan’, ‘Akar Umbi Penyelidikan’ dan ‘Teknik Memaksimumkan Penerbitan’. Begitu aktif dalam pertandingan rekacipta dan telah memperolehi 16 anugerah diperingkat dalam dan luar Negara. Sejak dari tahun 2007, Beliau telah mengetuai lebih dari 10 Projek Penyelidikan dengan nilai kumulatif geran mencecah 2.5 Juta. Jawatan kini ialah Profesor penuh di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sistem Komunikasi Optik dan telah dinobatkan sebagai tokoh belia negeri Kelantan pada tahun 2011.
Mendapat pengiktirafan sebagai jurutera professional yang membawa singkatan ‘Ir’ pada tahun 2012. Pada Oktober 2013, Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi telah dilantik sebagi Ketua Jaminan Kualiti sehingga Mei 2015. Kini, beliau memegang jawatan Timbalan Dekan Prasiswazah dan Alumni di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.
Antara kata-kata hikmah yang digemarinya yang dikarangnya sendiri adalah.
“KESUSAHAN ITU MERUPAKAN SATU ANUGERAH”
“KEUPAYAAN YANG TERBENTUK DIMASA KESUSAHAN ADALAH LEBIH BERMANAFAAT/BERMAKNA BERBANDING HASIL YANG DIPEROLEHI DIMASA SENANG.”
“KESUSAHAN BUKANLAH SATU HUKUMAN ALLAH MALAH IANYA SATU ANUGERAH YANG PERLU DISYUKURI KERANA LAHIRNYA SESUATU YANG HEBAT ADALAH SEMASA MANUSIA DALAM KEADAAN TERDESAK.”