Acara & Protokol

Pengurusan acara adalah salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Komunikasi Korporat UKM. Pengurusan acara meliputi tindakan yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas sesuatu acara. Hal ini bertujuan untuk memastikan acara yang dirancang berjalan dengan lancar dan sempurna. Selain itu, pengurusan acara juga bertujuan agar urusan protokol sesuatu acara dipatuhi. Pematuhan terhadap protokol yang bersesuaian adalah salah satu elemen penting dalam menentukan kelancaran dan kejayaan sesuatu acara selain membantu meningkatkan citra Universiti.

Panduan Utama Mengenai Pengurusan Acara
Semasa PTJ membuat perancangan pengurusan acara, perkara berikut perlu dipertimbangkan:

  1. Menentukan objektif acara;
  2. Menentukan tahap sesuatu acara sama ada dalaman, tempatan, kebangsaan atau antarabangsa;
  3. Menentukan jemputan perasmi dan tetamu kehormat;
  4. Menetapkan tarikh, masa dan tempat yang sesuai bagi perasmi dari luar Universiti;
  5. Menentukan kehadiran wakil Universiti yang bersesuaian dengan kedudukan perasmi;
  6. Menetapkan tarikh, masa dan tempat yang sesuai bagi perasmi dari dalam Universiti seperti Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan Pegawai Pengurusan Utama Universiti;
  7. Menentukan atur cara acara mengikut kesesuaian;
  8. Memastikan jumlah jemputan dan jangkaan kehadiran adalah bersesuaian dengan taraf perasmi serta kapasiti ruang;
  9. Mengambil kira implikasi kewangan.

Sila muat turun Senarai Semak Pengurusan Acara untuk panduan PTJ

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Wan Noor Hayati Wan Ismail
Penolong Pendaftar
Tel: +603 8921 5108
Email: wanyati@ukm.edu.my