Unit Web Universiti

Portal UKM merupakan penghubung antara Universiti dan masyarakat. Pada masa ini semua fakulti, institut penyelidikan dan pusat perkhidmatan di UKM mempunyai laman web sendiri dan diuruskan oleh webmaster masing-masing. Pusat Komunikasi Korporat bertindak menyelaras dan menetap garis panduan pembangunan laman web semua PTJ di UKM.

Objektif
PKK menyelaras dan mengurus kandungan serta struktur Portal Rasmi UKM, Portal Berita, Laman Web PKK dan Media Sosial Rasmi UKM supaya selaras dengan visi dan misi UKM dengan informasi yang tepat dan terkini.

Fungsi Unit Laman Web

  1. Membangun Portal Rasmi UKM, Portal Berita UKM, Media Sosial dan laman web PKK dari semasa ke semasa menggunakan teknologi dan kaedah terbaru pembangunan web.
  2. Memastikan maklumat sentiasa mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh MAMPU.
  3. Memastikan Portal laman web mempunyai struktur, rekaletak dan penyampaian maklumat yang tersusun, lengkap dan mudah dicapai.
  4. Memastikan Portal Rasmi UKM antara laman web IPTA terbaik di Malaysia dan Asia melalui penilaian yang dijalankan oleh MAMPU.
  5. Mengurus dan mengemaskini Media Sosial UKM seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
  6. Memantau setiap maklumat di laman web PTJ agar maklumat yang dipapar adalah tepat, tersusun dan terkini.
  7. Membantu setiap webmaster PTJ, UKM dari segi penyediaan garis panduan pembangunan web, latihan, khidmat nasihat dan khidmat teknikal.

Sebarang permohonan maklumat baru dan pengemaskinian maklumat di portal UKM hendaklah di emel ke pkk@ukm.edu.my.
Permohonan yang berjaya akan diproses dalam tempoh 7 hari selepas terima permohonan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Mohd Noor Ramly
Pegawai Teknologi Maklumat
Tel: +603 8921 4909
Emel: mdnoor@ukm.edu.my