Kewangan
Maklumat Penting
Proses Penutupan Akaun Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2020 (Kemaskini terakhir: 30/12/2020)
Makluman Penting:
- Tarikh akhir penerimaan bayaran bagi tahun 2020 adalah sehingga 30 Disember 2020 seperti ketetapan berikut: -
1.1- Pembayaran Tunai sehingga jam 1.00 tengahari.
1.2- Pembayaran Kad Debit/ Kredit sehingga jam 3.00 petang.
1.3- Tiada bayaran yang akan diterima selepas ketetapan waktu & tarikh seperti di atas.
-
Tiada penerimaan pada 31 Disember 2020 di kaunter kewangan PKP. Bayaran boleh dibuat melalui kaunter BIMB, ATM BIMB dan Perbankan Internet BIMB.
-
Segala pembayaran berjalan seperti biasa bermula 4 Januari 2021.
Terima kasih.
Pengurangan Yuran Perkhidmatan Kesan Penularan Wabak Covid 19 (Kemaskini terakhir: 28/12/2020)
Pembayaran Yuran Pengajian di Kaunter Kewangan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Lanjutan Bermula 07 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020 (Kemaskini terakhir: 07/12/2020)
-
Bagi urusan pembayaran yuran melibatkan kaunter kewangan: -
-
Urusan bayaran yuran pengajian secara TUNAI adalah sehingga jam 12.30 tengahari SAHAJA.
-
Urusan bayaran yuran pengajian selepas jam 2 petang adalah selain daripada TUNAI.
-
-
Segala urusan kaunter berjalan seperti biasa sepanjang tempoh PKPB.
Pelarasan Pengurangan Yuran Perkhidmatan COVID19 (Kemaskini terakhir: 13/11/2020)
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,
Semua Pelajar Prasiswazah/Pascasiswazah ambilan PKP
Saudara/i,
Adalah dimaklumkan bahawa pelarasan pengurangan yuran perkhidmatan Covid19 bagi semester 2 sesi 2019/2020 adalah sedang dalam proses. Pelarasan dijangka mengambil sedikit masa dan akan dilakukan secara berperingkat berikutan PKPB yang melanda ketika ini.
Keprihatinan saudara/i terhadap perkara ini amatlah dihargai.
Berikut ialah jumlah yuran pengurangan perkhidmatan yang akan berikan pada pelajar:
Pembayaran Yuran Pengajian di Kaunter Kewangan Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Lanjutan Bermula 09 November 2020 sehingga 6 Disember 2020 (Kemaskini terakhir: 09/11/2020)
-
Bagi urusan pembayaran yuran melibatkan kaunter kewangan: -
-
Urusan bayaran yuran pengajian secara TUNAI adalah sehingga jam 12.30 tengahari SAHAJA.
-
Urusan bayaran yuran pengajian selepas jam 2 petang adalah selain daripada TUNAI.
-
-
Segala urusan kaunter berjalan seperti biasa sepanjang tempoh PKPB.
Pemakluman Pekeliling Semakan Yuran Kesan Penularan Wabak Covid19 (Kemaskini terakhir: 07/10/2020)
Makluman Urusan Kewangan Pelajar (Kemaskini terakhir: 20/05/2020)
Untuk perhatian semua pelajar,
Makluman Urusan Kewangan Pelajar.pdf
Makluman Kelewatan Penghantaran Penyata Pendapatan Tahunan (EA Form) Bagi Pensyarah Di Bawah PKP Tahun 2019 (Kemaskini Terakhir: 24/03/2020)
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
YBhg.Prof./Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,
Makluman Kelewatan Penghantaran Penyata Pendapatan Tahunan (EA Form) Bagi Pensyarah di bawah PKP Tahun 2019
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman YBhg.Prof./Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan pengemaskinian Penyata Pendapatan Tahunan (EA Form) bagi pensyarah di bawah PKP Tahun 2019 sedang dilaksanakan. Sehubungan itu, pihak PKP menjangka akan terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran penyata ini kepada YBhg.Prof./Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berakhir 31 Mac ini.
3. Selain itu untuk makluman YBhg.Prof./Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan juga, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menunda tarikh akhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) samada melalui medium efilling atau secara manual kepada 30 Jun (tambahan 2 bulan daripada 30 April). Bersama-sama ini dilampirkan surat daripada LHDN untuk rujukan YBhg.Prof./Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan atau boleh layari pautan laman sesawang http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2020_Pin.1_1.pdf
4. Sehubungan dengan itu, pihak PKP ingin memohon maaf atas kesulitan di pihak YBhg.Prof./Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan dan kerjasama yang diberikan dalam tempoh had pergerakan ini adalah sangat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Lampiran:
Peraturan Am Kewangan
Yuran Pengajian
Yuran pengajian ditetapkan secara pakej yang meliputi yuran akademik, peperiksaan, bahan bacaan/modul dan bayaran-bayaran lain seperti perpustakaan, makmal komputer, dan aktiviti pelajar. Jumlah yuran bagi setiap pelajar seperti dalam jadual yuran yang dikepilkan bersama dengan surat tawaran. Maklumat mengenai jumlah yuran boleh juga didapati di laman web PKP www.ukm.my/pkp. Pihak PKP berhak meminda kadar yuran pada bila-bila masa. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bila yuran perlu dibayar?
Untuk semester pertama: Yuran perlu dibayar sepenuhnya sebelum pendaftaran, tertakluk pada makluman pembayaran seperti yang dilampirkan bersama surat tawaran. Pelajar juga diberi pilihan untuk membayar sekurang-kurangnya 50% daripada yuran semester sebelum hari pendaftaran dan bakinya sebelum minggu ke-10 pengajian. Yuran di atas adalah termasuk RM500 yuran komitmen. Yuran ini tidak akan dipulangkan sekiranya pelajar menarik diri dari pengajian yang ditawarkan. Kadar yuran adalah seperti yang dilampirkan bersama dengan surat tawaran. Untuk semester berikutnya: Yuran pengajian perlu dibayar iaitu selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh pendaftaran kursus. Pelajar dibenarkan membayar yuran tersebut melalui dua ansuran:-
Sekiranya pelajar menarik diri dari pengajian? Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan melainkan dalam situasi-situasi berikut:
Nota: Pemulangan yuran tidak akan dibuat sekiranya pelajar masih mempunyai baki hutang dengan PKP.
Sekiranya pelajar tangguh/gantung dari pengajian? Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan melainkan dalam situasi-situasi berikut:
Nota: Pemulangan yuran tidak akan dibuat sekiranya pelajar masih mempunyai baki hutang dengan PKP.
Tuntutan Bahan Bacaan/Modul Bahan bacaan/modul yang dibekalkan kepada pelajar boleh dituntut di Kaunter Buku PKP sebaik sahaja sesi pembelajaran bermula. Bahan bacaan/modul yang dibekalkan adalah tertakluk kepada stok sedia ada. Bekalan bahan bacaan bagi semester semasa akan disimpan untuk semester berkenaan sahaja. PKP berhak menggantikan bahan bacaan yang dibekalkan kepada pelajar dengan bahan bacaan yang terdapat dalam stok PKP yang sedia ada. Bahan bacaan/modul hanya boleh dituntut dalam tempoh satu semester sahaja. Hak tuntutan akan luput sekiranya bayaran yuran dibayar selepas sesi pengajian semasa. Nota: Bahan bacaan adalah bagi program yang terlibat selain pascasiswazah dan prasiswazah (Fakulti FSSK & FTSM)
Bayaran lain yang berkaitan?
*The above charge rates are subject to change over the time. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semakan Pelajar
|
UKM International (UKMi) & Postgraduate International (Full Time)
Tuition Fees
The tuition fees are set by package which include academic fees, examination, and other charges for the use of library, computer labs and for student activities. The total fees for each student are shown in the attached tuition fee table along with the offer letter.
The tuition fees are not set by package. Each semester, student will be charged the tuition fee as well as service fee depending on the semester. The total fees for each student are shown in the attached tuition fee table along with the offer letter. Information about the total fees can also be found on the PKP website www.ukm.my/pkp . PKP reserves the right to amend the fees at any time. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
When should the fees be paid?
For the first semester, the fees must be paid in full prior to registration, subject to the payment procedure which is attached with the offer letter. However, students are given the option to pay at least 50% of the semester’s fees before registration, and the balance to be paid before the second week of study. For the following semesters, the tuition fees have to be paid, no later than 2 weeks before course registration. Students are allowed to pay the fees in two instalments: - (i) First instalment: At least 50% of the total fees have to be paid prior to registration day. Students who fail to pay the fees on time will NOT be allowed to register for the semester.
‒ For the first and following semesters, the fee must be paid in full prior to registration, subject to the payment procedure which is attached with the offer letter. However, students are given the option to pay at least 50% of the semester’s fees before registration, and the balance to be paid before the second week of study. ‒Students who withdraw / extend semester For the students who withdraw or extend their study, the payment that has been made can be refunded according to the stipulated period as follows:
Note: Only tuition fees are refundable.
Penalty and charges Penalty and charges are as follows:
*The above charge rates are subject to change over the time. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Review of Student Account
|
Kaedah Bayaran
Kaedah Pembayaran Yuran
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semakan Akaun Pelajar
|