[09/11/2020] Operasi Kaunter di Pusat Kembangan Pendidikan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) – 9 November sehingga 6 Disember 2020

Kepada semua pelajar,

Operasi kaunter semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya DIBUKA pada hari bekerja (Isnin – Jumaat) dan TUTUP pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad). Pelajar dikehendaki:

  • membuat janji temu melalui pautan ini https://forms.gle/16LoxknmzURn7STUA – pelajar akan dimaklumkan melalui e-mel untuk pengesahan temujanji

  • membuat permohonan melalui pautan ini https://gerak.ukm.my/mohon/login

  • melengkapkan Borang Pengisytiharan Kesihatan dan mesti menghantarnya di kaunter PKP [Borang]

  • mematuhi garis panduan dan cadangan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti jarak sosial, penggunaan topeng muka dan pembersih tangan.

Harap maklum bahawa bilangan pelajar semasa berurusan di kaunter adalah terhad kepada lima (5) individu pada satu masa.

Terima Kasih