[31/3/2021] Peringatan Mesra Konvokesyen Ke-48 UKM & Pengambilan Skrol & Transkrip

Assalamualaikum Wbt / Selamat Sejahtera,
Para Graduan Tahun 2020
Universiti Kebangsaan Malaysia
(Pusat Kembangan Pendidikan)
PERINGATAN MESRA KONVOKESYEN KE-48 UKM & PENGAMBILAN SKROL & TRANSKRIP
Pusat Kembangan Pendidikan mengucapkan tahniah di atas kejayaan saudara/i menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dan seperti yang saudara/i sedia maklum, semua maklumat dan tindakan konvokesyen perlu dirujuk di laman web konvo www.ukm.my/konvo.
Sebagai ingatan, disenaraikan makluman penting untuk perhatian saudara/i seperti berikut :
- Semasa Majlis Konvokesyen berlangsung, semua pelajar dikehendaki membawa Kad Matrik.
- Maklumat urusan pemulangan jubahdi http://www.ukm.my/konvo/urusan-pemulangan-jubah/
- Pengambilan Skrol Ijazah dan Transkrip :
- Sebelum hadir mengambil skrol ijazah dan transkrip, sila pastikan :
-
-
- Membuat temujanji di https://www.picktime.com/ScrollCollection
- telah mengisiBorang Pengisytiharan Kesihatan (HDF);
- telah memulangkan jubah graduan.
- telah menjelaskan semua hutang (jika berkenaan).
- telah melengkapkan Sistem Maklumbalas Graduan di capaian https://pkp.ukm.my/smg-konvo
-
-
-
Graduan yang tidak menghadiri konvokesyen hendaklah menjelaskan hutang dengan universiti sebelum mengambil skrol ijazah dan transkrip. Tarikh pengambilan dokumen tersebut bermula pada tarikh sidang konvo fakulti masing-masing (sila rujuk susunan sidang di laman web konvokesyen)
-
-
- Sila bawa bersama:
-
-
- Kad Matrik
- Slip Pemulangan Jubah
-
-
- Lokasi, tarikh & masa pengambilan skrol ijazah & transkrip:
Tempat :Pusat Kembangan Pendidikan, Aras 1, Bangunan Wawasan, UKM Bangi.
Tarikh : Bermula 4/04/2021, bermula sidang konvo fakulti masing-masing.
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang (Kecuali tarikh 4/4/2021 pada 11.00 pagi – 3.00 petang)
Isnin – Jumaat
Sabtu & Ahad : 4, 10, 11 , 17 & 18 sahaja. (17 & 18 April 2021 – Urusan Kaunter Aras 2)
-
Saudara/i perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka, mengekalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan tidak dibenarkan berkumpul.
Pemulangan Jubah/Mengambil Ijazah Melalui Wakil :
-
Sekiranya graduan menghantar wakil untuk memulangkan jubah graduan dan mengambil skrol ijazah, sila lengkapkan Borang Surat Kuasa Pengambilan Skrol dan bawa bersama semasa pengambilan skrol ijazah dan transkrip.
-
Sekiranya graduan memohon diposkan skrol ijazah dan transkrip, sila lengkapkan Borang Kuasa Kuasa Pengambilan Skrol beserta bayaran dan hantar ke PKP.
-
Borang Surat Kuasa Pengambilan Skrol Ijazahhttps://www.ukm.my/konvo/pengambilan-skrol-ijazah-dan-transkrip/
Sekian, untuk makluman dan tindakan saudara/i selanjutnya. Terima kasih.