Makluman / Notis Tentang Penginapan
Maklumat Baharu - Terkini (Kemaskini Terakhir: 01/02/21
)
Penginapan Pelajar
Sebarang urusan berkaitan dengan penginapan pelajar, saudara/i dinasihatkan untuk merujuk perkara tersebut kepada Pusat Perumahan Pelajar (PPP) di talian 03- 8921 4367 atau melalui emel uppsiswa-ukm@ukm.edu.my atau rujuk laman sesawang PPP di pautan ini https://appsmu.ukm.my/kolej/.
Permohonan Penginapan (Pelajar Baharu sahaja*)
Permohonan penginapan bagi pelajar baharu boleh dilakukan melalui sistem espeed sahaja iaitu di pautan https://smp.ukm.my/espeed/.
Makluman mengenai tatacara permohonan, saudara/i boleh rujuk di SINI.
* Pelajar baharu prasiswazah di bawah program UKM International, program Intensive English Programme (IEP) sahaja.
*Selain daripada pelajar prasiswazah seperti maklumat diatas, sila rujuk Pusat Perumahan Pelajar bagi urusan tempahan penginapan dan sebagainya yang berkaitan seperti makluman pada ruangan Penginapan Pelajar.
Unit Penginapan PKP
Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) ada menyediakan kemudahan penginapan (luar kampus) kepada pelajar UKM yang berhasrat untuk menginap di luar kampus. Berikut adalah maklumat Unit Penginapan PKP untuk rujukan dan perhatian saudara/i:
Kampus | Unit Penginapan |
---|---|
Bangi | Pangsapuri UKM Taman Tenaga |
Cheras | Pangsapuri Laman Midah & Pangsapuri Midah Ria |
Kuala Lumpur | Pangsapuri Plaza Rah |
Kadar bayaran:
Unit Penginapan | Kadar Dikenakan |
---|---|
Pangsapuri UKM Taman Tenaga | RM 7.00 / hari |
Pangsapuri Laman Midah & Pangsapuri Midah Ria | RM 10.00 / hari |
Pangsapuri Plaza Rah | RM 14.00 / hari |
Utiliti | RM 20.00 / bulan |
Caj akan dimasukkan ke dalam eKewangan pelajar untuk urusan selanjutnya. Kadar yang dikenakan adalah berdasarkan kiraan / bilangan hari menginap.
Kaedah pembayaran:
Kaedah Bayaran | Maklumat |
---|---|
Kaunter | Kaunter Bahagian Kewangan Pusat Kembangan Pendidikan, Aras 2, Bangunan Wawasan, Universiti Kebangsaan Malaysia. |
Online Transfer | No. Akaun : 8002233829 Nama Bank : CIMB Bank Berhad |
Saudara/i dinasihatkan untuk menyemak sistem eKewangan sebelum membuat bayaran bagi mengelakkan kesalahan amaun dan proses yang berkaitan. Selesai membuat bayaran, saudara/i diminta untuk menyimpan resit dan melampirkan resit pembayaran tersebut kepada Bahagian Kewangan PKP ketika menghantar emel kepada Bahagian Kewangan di alamat emel accpkp@ukm.edu.my untuk urusan pengesahan.
Sekiranya saudara/i berminat untuk menginap di Unit Penginapan PKP, Unit Hal Ehwal Siswa & Alumni (HESA) boleh dihubungi di talian 03-8921 4197 / 5639 atau melalui emel penginapanpkp@ukm.edu.my.
Kolej Kediaman UKM
Berikut adalah pautan untuk senarai Kolej Kediaman UKM untuk rujukan pihak saudara/i:
Kampus Bangi
Kolej Dato’ Onn : http://www.ukm.my/kdo
Kolej Aminuddin Baki : http://www.ukm.my/kab
Kolej Ungku Omar : https://www.ukm.my/kuo
Kolej Burhanuddin Helmi : http://www.ukm.my/kbh
Kolej Ibrahim Yaakob : http://www.ukm.my/kiy
Kolej Rahim Kajai : http://www.ukm.my/krk
Kolej Pendeta Za’ba : http://www.ukm.my/kpz
Kolej Keris Mas : http://www.ukm.my/kkm
Kolej Ibu Zain : https://www.ukm.my/kiz
Kolej Tun Hussein Onn : http://www.ukm.my/ktho
Kampus Kuala Lumpur
Kolej Tun Syed Nasir : http://www.ukm.my/ktsn
Kampus Cheras
Kolej Tun Dr. Ismail : http://www.ukm.my/ktdi
Cara untuk memohon penginapan di Kolej Kediaman UKM?
Saudara/i dinasihatkan untuk merujuk perkara di atas kepada Pusat Perumahan Pelajar (PPP) di talian 03-8921 4367 atau melalui emel uppsiswa-ukm@ukm.edu.my atau rujuk laman sesawang PPP di pautan ini https://appsmu.ukm.my/kolej/
Kemaskini Terakhir: 15/07/2020