Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Laman Web Pusat Kembangan Pendidikan

Makluman Terkini PTPTN

Pelanjutan Tempoh Penghantaran Dokumen Tawaran Dan Perjanjian Pinjaman PTPTN (Kemaskini Terakhir: 15/06/21) terkini

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagaimana tuan/puan maklum, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun 'total lockdown' disambung di seluruh negara bagi tempoh 14 hari mulai 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021 bagi menangani ancaman penularan wabak Covid-19. Susulan pengumuman tersebut, tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 7 Mei 2021 & 8 Jun 2021 dilanjutkan sehingga 14 Julai 2021. Penghantaran dokumen tersebut boleh dibuat ke Ibu Pejabat PTPTN melalui pos di alamat berikut:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
(u.p: En. Ahmad Shahril@Muhammad Shahril bin Ghazali)

Sekian, terima kasih.


Pelanjutan Tempoh Penghantaran Dokumen Tawaran Dan Perjanjian Pinjaman PTPTN (Kemaskini Terakhir: 04/06/21) terkini

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagaimana tuan/puan maklum, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun 'total lockdown' fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari mulai 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 bagi menangani ancaman penularan wabak Covid-19. Susulan pengumuman tersebut, tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 7 Mei 2021 dilanjutkan sehingga 28 Jun 2021. Penghantaran dokumen tersebut boleh dibuat ke Ibu Pejabat PTPTN melalui pos di alamat berikut:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
(u.p: En. Ahmad Shahril@Muhammad Shahril bin Ghazali)

Sekian, terima kasih.


Pelanjutan Tempoh Penghantaran Dokumen Tawaran Dan Perjanjian Pinjaman PTPTN (Kemaskini Terakhir: 21/05/21) terkini

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagaimana tuan/puan maklum, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Negara mulai 12 Mei 2021 sehingga 7 Jun 2021 bagi menangani ancaman penularan wabak Covid-19. Susulan pengumuman tersebut, tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 7 Mei 2021 dilanjutkan sehingga 14 Jun 2021. Penghantaran dokumen boleh dibuat melalui saluran berikut:

  1. Hantar ke Ibu Pejabat PTPTN melalui pos di alamat:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
(u.p : En. Ahmad Shahril@Muhammad Shahril bin Ghazali)

Atau

  1. Hantar ke Pejabat PTPTN Cawangan berhampiran (sila rujuk Portal PTPTN)

Bagi mengelakkan kesesakan serta menjaga SOP penjarakan sosial, pelajar AMAT DIGALAKKAN untuk membuat penghantaran dokumen melalui pos.

Sekian, terima kasih.


Pelanjutan Tempoh Penghantaran Dokumen Tawaran Dan Perjanjian Pinjaman PTPTN (Kemaskini Terakhir: 22/12/20) 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagaimana tuan/puan maklum, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa Negeri mulai 14 Oktober 2020 sehingga 20 Disember 2020 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa Zon Merah bagi menangani ancaman penularan wabak Covid-19. Susulan pengumuman tersebut, tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 6 November 2020 dan 7 Disember 2020 dilanjutkan sehingga 28 Disember 2020. Penghantaran dokumen boleh dibuat melalui saluran berikut:

Hantar terus ke Ibu Pejabat PTPTN melalui pos di alamat:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
(u.p : En. Ahmad Shahril@Muhammad Shahril bin Ghazali)

Atau

Hantar ke Pejabat PTPTN Cawangan berhampiran (sila rujuk Portal PTPTN).

Bagi mengelakkan kesesakan serta menjaga SOP penjarakan sosial, pelajar AMAT DIGALAKKAN untuk membuat penghantaran dokumen melalui pos.

Sekian, terima kasih.


Pelanjutan Tempoh Penghantaran Dokumen Tawaran Dan Perjanjian Pinjaman PTPTN (Kemaskini Terakhir: 19/10/20) 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagaimana tuan/puan maklum, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa Negeri mulai 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa Zon Merah bagi menangani ancaman penularan wabak Covid-19. Susulan pengumuman tersebut, tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 7 Oktober 2020 dilanjutkan sehingga 14 November 2020. Bagi mengelakkan kesesakan serta menjaga SOP penjarakan sosial, pelajar boleh merancang untuk menghantar dokumen tersebut melalui saluran berikut :

Hantar terus ke Ibu Pejabat PTPTN melalui pos di alamat :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
(u.p : En. Ahmad Shahril@Muhammad Shahril bin Ghazali)

Atau

Hantar ke mana-mana Pejabat PTPTN Cawangan berhampiran yang beroperasi (sila rujuk Portal PTPTN untuk mengetahui Pejabat PTPTN Cawangan yang beroperasi).

Sekian, terima kasih.


Pelanjutan Tempoh Penghantaran Dokumen Tawaran Dan Perjanjian Pinjaman PTPTN (Kemaskini Terakhir: 14/05/2020)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagaimana tuan/puan maklum, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 5 mulai 13 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020 di seluruh negara bagi menangani ancaman penularan wabak Covid-19. Susulan pengumuman tersebut, PTPTN telah bersetuju supaya tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 6 Mac 2020, 7 April 2020 dan 12 Mei 2020 dilanjutkan sehingga 14 Jun 2020. Sekiranya pelajar ingin menghantar dokumen tersebut dalam tempoh PKP, ia boleh dihantar melalui saluran berikut :

Hantar terus ke Ibu Pejabat PTPTN melalui pos di alamat :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
(u.p : En. Ahmad Shahril@Muhammad Shahril bin Ghazali)

Atau

Hantar ke mana-mana Pejabat PTPTN Cawangan berhampiran yang beroperasi (sila rujuk Portal PTPTN untuk mengetahui Pejabat PTPTN Cawangan yang beroperasi).

Sekian, terima kasih.


Pelanjutan Tempoh Penghantaran Dokumen Tawaran Dan Perjanjian Pinjaman PTPTN (Kemaskini Terakhir: 21/04/2020)

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagaimana tuan/puan maklum, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 mulai 15 April 2020 hingga 28 April 2020 di seluruh negara bagi menangani ancaman penularan wabak Covid-19. Susulan pengumuman tersebut, PTPTN telah bersetuju supaya tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 6 Mac 2020 dan 7 April 2020 dilanjutkan sehingga 14 Mei 2020. Sekiranya pelajar ingin menghantar dokumen tersebut dalam tempoh PKP, boleh dikemukakan terus ke Ibu Pejabat PTPTN melalui pos di alamat :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
(u.p : En. Ahmad Shahril@Muhammad Shahril bin Ghazali)

Sekian, terima kasih.


Pengesahan Bayaran Sem 2 Sesi 2018/2019 Pinjaman Pelajar UKM (PKP) (Kemaskini Terakhir: 26/03/2019)

  • Dimaklumkan bahawa bayaran pinjaman PTPTN kepada pelajar yang dijadualkan pada bulan Mac, 2019 ditangguhkan kerana pengesahan hanya dapat dibuat selepas keputusan semua pelajar separuh masa dikeluarkan. Untuk makluman jua, pengesahan tidak dibuat mengikut kursus/fakulti kerana pembayaran pinjaman dibuat secara pukal oleh PTPTN (mengikut kod 03E).

  • Pengesahan status pelajar akan dibuat bermula 19 – 26 Mac 2019, dan jangkaan bayaran akan dikreditkan ke akaun pelajar pada awal April, 2019.

  • Sebarang kesulitan amat dikesali. Sekian, terima kasih.

Pengesahan Bayaran Sem 2 Sesi 2017/2018 Pinjaman Pelajar UKM (PKP) (Kemaskini Terakhir: 15/03/2018)

  • Sukacita dimaklumkan bahawa bayaran pinjaman PTPTN kepada pelajar yang dijadualkan pada bulan Mac, 2018 ditangguhkan kerana pengesahan hanya dapat dibuat selepas keputusan semua pelajar separuh masa dikeluarkan. Untuk makluman jua, pengesahan tidak dibuat mengikut kursus/fakulti kerana pembayaran pinjaman dibuat secara pukal oleh PTPTN (mengikut kod 03E).

  • Pengesahan status pelajar akan dibuat bermula 19 – 23 Mac 2018, dan jangkaan bayaran akan dikreditkan ke akaun pelajar pada pertengahan April, 2018.

  • Sebarang kesulitan amat dikesali. Sekian, terima kasih.

Makluman PTPTN(Kemaskini Terakhir: 15/02/2018)

  • Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui perbincangan bersama Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) telah bersetuju untuk memberi kemudahan pembiayaan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar PKP Sepenuh Masa (UKM International) dengan syarat-syarat berikut :

    • Kadar yang ditawarkan adalah berdasarkan kadar yang sama dengan pelajar arus perdana; dan

    • Pelajar perlu mendapatkan surat pengesahan daripada PKP untuk dilampirkan bersama borang permohonan.

*Sila hubungi pegawai UPPRP (Unit Pengurusan Program & Rekod Pelajar) untuk mendapatkan surat pengesahan.

  • Sekiranya berhasrat untuk membuat permohonan, pelajar perlu merujuk kepada senarai Kod IPT UKM iaitu 03 (UKM), 03F (UKM KL) & 03G (UKM HUKM) yang betul.  Sila rujuk senarai kod IPT UKM di sini di ruangan muat turun Jadual Permohonan Pinjaman Asal > Universiti Awam dan Politeknik.

  • Proses permohonan adalah sama seperti sedia ada. Pastikan permohonan dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan, sama seperti pelajar arus perdana dalam jadual tersebut.

  • Sekian, terima kasih.
Popups Powered By : XYZScripts.com