Syarat & Peraturan
❱ Pengesahan Penyertaan
Hanya peserta yang berdaftar dan telah menjelaskan bayaran sahaja akan disahkan penyertaannya. bayaran mesti dijelaskan selewat-lewatnya seminggu sebelum kursus bermula. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang terawal membuat bayaran.
❱ Penundaaan / Pembatalan Program
Segala langkah yang sewajarnya akan diambil bagi memastikan program/kursus yang dianjurkan adalah seperti yang diiklankan. Namun, tarikh program/kursus adalah tertakluk pada perubahan. Pusat Kembangan Pendidikan (PKP) berhak menunda atau membatalkan program/kursus yang ditawarkan.
❱ Tidak Hadir Program
Yuran yang telah dibayar oleh peserta tidak akan dipulangkan sekiranya peserta tidak hadir pada tarikh program/kursus dijalankan tanpa memaklumkan kepada pihak PKP secara bertulis.
❱ Kemudahan Penginapan
PKP tidak menyediakan penginapan untuk peserta program/kursus.