Program “Unite to End Digital Violence Against Women and Girls: A Multidisciplinary Perspective”.

Warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH), FSSK dengan telah menganjurkan Program “Unite to End Digital Violence Against Women and Girls: A Multidisciplinary Perspective” pada 10 Disember 2025, dengan kerjasama Persatuan Wanita UKM (SUKMANITA) dan Kedutaan Mexico ke Malaysia.

Program yang diadakan bersempena sambutan International Day for the Elimination of Violence Against Women ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dr. Bariah Mohd Ali.
Kami turut berbesar hati menampilkan Ahli Lembaga Pengarah Universiti merangkap Felo Utama PKWTFH, Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, yang telah menyampaikan ucaptama dengan menekankan kepentingan menangani isu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.
Majlis turut diserikan dengan sesi program yang menampilkan tiga penceramah berpengalaman:
• TYT Luis Javier Campuzano, Duta Besar Mexico ke Malaysia
• Prof. Dr. Suzaily Wahab, Pakar Psikiatri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz
• Mrs Vaneezha Muniandi, Pengarah Eksekutif Malaysian Association of Social Workers (MASW)
PKWTFH juga merakamkan penghargaan kepada Dekan FSSK, Prof. Dr. Kadaruddin Aiyub, yang memberikan sokongan penuh sejak peringkat perancangan sehingga pelaksanaan program. Beliau turut hadir sepanjang program berlangsung, menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap usaha memperkukuh agenda pemerkasaan wanita di UKM.
Turut hadir ialah Ketua PKWTFH, Dr. Noremy Md. Akhir yang mengetuai pengurusan program ini.