Salam Takziah dan Belasungkawa

Salam Sejahtera,
Dengan rasa dukacita, warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) ingin memaklumkan bahawa, Mendiang Prof. Dato’ Madeline Berma (Mantan Pengarah pertama Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim), telah meninggal dunia pada jam 11.30 pagi, 30 Disember 2025.
Seluruh warga PKWTFH merakamkan ucapan belasungkawa dan simpati yang mendalam kepada keluarga mendiang atas kehilangan ini. Semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang sukar ini.
Jasa sumbangan dan kepimpinan beliau dalam memperjuangkan pembangunan wanita serta kecemerlangan akademik akan sentiasa dikenang.