Seminar Pembangunan Pengurusan Polis Wanita
Pada 8 Disember 2025, seluruh warga Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim (PKWTFH) hadir ke Seminar Pembangunan Pengurusan Polis Wanita yang berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur.
Seminar 1 bertajuk “Berani dan Berwibawa: Kepimpinan Wanita dalam PDRM” telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Felo Utama Bersekutu PKWTFH.
Dalam sesi ini, beliau turut berkongsi perkembangan global mengenai agenda kesaksamaan wanita sejak International Women’s Year (1975) dan Mexico City First World Conference on Women, serta bagaimana momentum antarabangsa ini terus membentuk dasar, peluang kepimpinan dan penyertaan wanita dalam sektor keselamatan termasuk dalam PDRM.
PKWTFH berbangga menyokong usaha memperkasa kepimpinan wanita demi kemajuan institusi dan negara.
