Cara Memohon

Permohonan untuk program pengajian sepenuh masa bagi calon STPM, Matrikulasi, STAM dan Diploma / Setaraf dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Iklan bagi semua saluran permohonan akan disiarkan dalam akhbar tempatan mulai Disember hingga Februari setiap tahun.

Calon Bukan Warganegara yang berminat mengikuti program sepenuh masa di UKM perlu mengisi permohonan Melalui Aplikasi Dalam Talian UKM yang dibuka mulai Disember setiap tahun.

Pelajar antarabangsa peringkat sarjana muda yang mengikuti pengajian di UKM biasanya diuruskan dalam program yang disusun khas antara kerajaan. Hanya terdapat 1% tempat dibuka untuk pelajar antarabangsa. Pada masa ini, semua kursus prasiswazah di UKM menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan.

Borang permohonan untuk warganegara: http://upu.mohe.gov.my

Borang permohonan untuk bukan warganegara dan pelajar antarabangsa: klik di sini

Kelayakan kemasukan untuk pelajar-pelajar bukan warganegara dan antarabangsa: klik di sini