Bahasa

Penterjemah Google

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Portal Rasmi UKM

Soalan Lazim

  1. Individu Yang Bertanggungjawab Untuk Menyaring Dan Melulus Permohonan Warga Masuk Ke Kampus Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mulai 27 April 2020
  2. Garis Panduan Bekerja Mulai 4 Mei 2020
  3. Prosedur Operasi Standard Pergerakan Pulang Pelajar Dalam Kampus UKM Ke Kampung Halaman Bermula 27 April 2020
  4. Prosedur Operasi Standard Pergerakan Pulang Pelajar Dalam Kampus UKM Ke Kampung Halaman Bermula 27 April 2020 - Untuk Pelajar Antarabangsa
  5. Perkara Berkenaan COVID-19 Untuk Semua Pelajar dan Warga UKM
  6. Perintah Kawalan Pergerakan (18 Mac hingga 12 Mei 2020) untuk semua pelajar dan warga UKM 
  7. Pelajar yang tinggal di kolej kediaman
  8. Pergerakan Pelajar Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  9. Kebenaran Pergerakan Pelajar Warga Asing Untuk Pulang Ke Negara Asal
  10. Jadual Penyediaan Makanan Kepada Pelajar Yang Menginap Di Kolej Kediaman Mulai 24 April 2020 Sehingga 12 Mei 2020
  11. Bekerja Sambilan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  12. Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Atas Talian Semasa Minggu Perkuliahan Bermula 27 April 2020 Sehingga 28 Jun 2020
  13. COVID-19 Penambahbaikan Pelaksanaan Peperiksaan Akhir Semester II Sesi Akademik 2019-2020
  14. Pekeliling Pusat Pengajaran Dan Pembelajaran Kurikulum 1/2020
  15. Prosedur bagi pelajar yang berada di luar negara yang sedang menguatkuasakan arahan "full lockdown"
  16. Prosedur Untuk Kembali Ke Malaysia
  17. Perkhidmatan Penghantaran Ubat Terus Ke Rumah
  18. Perkhidmatan Panggil & Ambil Pandu Lalu

** Soalan lazim ini adalah tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan terkini yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia

Individu Yang Bertanggungjawab Untuk Menyaring Dan Melulus Permohonan Warga Masuk Ke Kampus Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mulai 27 April 2020

Berdasarkan Pekeliling Naib Canselor Bil 3/2020, sekiranya anda berhasrat untuk memasuki kawasan kampus UKM,  bermula 27 April 2020 ini anda perlu mendapatkan surat kebenaran daripada ketua Pusat Tanggungjawab anda, contohnya Dekan Fakulti atau Pengarah Pusat/Institut. Dengan kebenaran yang diberikan, anda perlu mematuhi segala langkah-langkah keselamatan  (i.e menjaga jarak sosial, penggunaan pencuci pembasmi kuman, jarak 1 meter bila berjumpa individu yang lain) yang dikuatkuasakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan semasa berada di dalam UKM.

Garis Panduan Bekerja Mulai 4 Mei 2020

Jika anda tidak mempunyai sebarang urusan kerja yang mendesak atau penting, sila terus kekal bekerja dari rumah.

Jika ada keperluan mendesak dan anda perlu datang bekerja dalam kawasan kampus, sila ikut langkah berikut:

  1. Anda hendaklah mengambil bacaan suhu badan dan menggunakan hand sanitizer sebelum masuk ke pejabat. Sebaik-baiknya anda perlu melakukan proses sanitasi sebelum masuk dan meninggalkan pejabat;
  2. Anda perlu mengisytihar/membuat pengakuan kendiri (self- declaration) berkaitan status kesihatan anda menerusi platform yang dibangunkan oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM) sebelum diberi kebenaran hadir bertugas di pautan seperti berikut https://forms.gle/Jfc6QaM3pZ3fFmU48;
  3. Anda hendaklah merekodkan kehadiran masuk dan keluar menggunakan e-warga di komputer anda atau aplikasi MyUKM di kawasan pejabat yang mempunyai wifi yang berdaftar sepanjang tempoh bekerja;
  4. Untuk masuk ke UKM, anda hanya dibenarkan masuk melalui pintu utama UKM;
  5. Sekiranya anda dijadualkan untuk bertugas di kampus, semasa menjalankan tugasan anda hendaklah memastikan jarak kontak yang selamat. Pemakaian topeng muka dan hidung adalah digalakkan jika pekerjaan melibatkan orang awam dan hendaklah kerap membasuh tangan bagi tujuan kebersihan diri;
  6. Anda adalah dilarang sama sekali berkumpul di satu-satu tempat di dalam kawasan pejabat. Waktu minum pagi dan makan tengahari hendaklah dijadualkan secara penggiliran;
  7. Anda perlu menjaga dan mengekalkan keselamatan dan kesihatan semasa berada di pejabat atau di makmal atau di bilik anda;
  8. Pergerakan untuk menghadiri apa-apa aktiviti luar pejabat seperti menghadiri mesyuarat, penghantaran dokumen perlulah mendapat kelulusan dan arahan kerja (work order) daripada Ketua Jabatan;
  9. Anda adalah digalakkan menggunakan tangga berbanding lif;
  10. Anda dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke luar negara terutama ke negara-negara yang berisiko;
  11. Anda hendaklah sentiasa peka dengan keadaan persekitaran, terutamanya apabila berurusan dengan rakan atau orang luar, untuk memudahkan penjejakan kontak (contact tracing) apabila perlu;
  12. Jika anda adalah pensyarah, anda perlu memantau kehadiran, keselamatan dan kesihatan pelajar di bawah seliaan anda apabila pelajar tersebut hadir ke UKM untuk melakukan kerja penyelidikan di makmal penyelidikan. Bagi tujuan ini anda hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Makmal Penyelidikan yang dikeluarkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM) UKM. Walau bagaimanapun, Universiti tidak menggalakkan untuk pelajar datang ke Kampus dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas faktor keselamatan. Kerja penyelidikan seboleh-bolehnya hendaklah dilakukan dari rumah (work from home);
  13. Anda perlu mematuhi jadual kerja yang disediakan oleh Ketua PTj dan tidak berada di pejabat lebih dari masa yang telah ditetapkan;
  14. Jika anda beragama Islam, gunakan barangan solat sendiri seperti sejadah, telekung dan tidak berkongsi dengan pengguna lain;
  15. Menggunakan bekas sampah berpenutup bagi pembuangan topeng muka dan hidung, sarung tangan dan tisu pakai buang;
  16. Bertanggungjawab bagi keselamatan dan kesihatan diri sendiri, rakan sekerja dan orang lain yang mungkin terjejas semasa menjalankan kerja termasuk membuat pengakuan kendiri (self-declaration) berkaitan status kesihatan;
  17. Mematuhi prosedur kerja selamat dan memakai PPE yang ditetapkan semasa bekerja;
  18. Pemakaian pelindung muka (face shield) digalakkan apabila menjalankan kerja melibatkan orang awam;
  19. Jika anda mengendalikan saringan kesihatan dan mengendalikan orang yang disyaki COVID-19, anda diwajibkan memakai topeng muka dan hidung;
  20. Jika anda bergejala COVID-19, anda hendaklah dengan segera memaklumkan kepada Ketua Jabatan dan mengambil tindakan segera melalui pengasingan diri bagi mengurangkan risiko pendedahan virus kepada rakan sekerja yang lain;
  21. Mematuhi apa-apa peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh UKM berkaitan COVID-19 dan mana-mana panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, WHO, ILO dan agensi yang berkaitan; dan
  22. Mematuhi segala peraturan yang sedang berkuat kuasa di UKM dari semasa ke semasa.

Jika staf anda tidak mempunyai sebarang urusan kerja yang mendesak atau penting, sila mohon staf anda untuk terus kekal bekerja dari rumah.

Jika terdapat staf dibawah seliaan anda yang ingin datang bekerja dalam kampus bermula 4 Mei 2020, sila ikut langkah berikut:

  1. Anda hendaklah mendapatkan bekalan peralatan asas penjagaan kesihatan seperti hand sanitizer, topeng muka dan hidung dan thermoscan daripada PKU bagi kegunaan staf atau pelanggan sebelum masuk ke premis masing-masing. Kos bagi item-item yang dimaksudkan akan dicaj kepada bajet PTj masing-masing;
  2. Anda bertanggungjawab untuk memastikan keberadaan staf di bawah kawalan anda dan melaporkan kepada UKM sekiranya staf anda mempunyai gejala jangkitan dan kurang sihat semasa bertugas;
  3. Anda adalah bertanggungjawab untuk memastikan agar tahap penyampaian perkhidmatan kekal pada tahap yang baik dan tidak mengganggu sebarang operasi semasa;
  4. Anda digalakkan untuk mewujudkan ‘group chat’ bagi mengurangkan komunikasi secara bersemuka;
  5. Anda bertanggungjawab untuk mengadakan mesyuarat secara atas talian apabila perlu dan memastikan tiada perhimpunan kecil dilakukan di kalangan staf anda semasa berada di pejabat atau di makmal atau di kawasan sekitar bilik masing-masing;
  6. Anda bertanggung jawab untuk merekodkan senarai lengkap setiap staf yang hadir di pejabat (nama, tarikh, masa). Rekod hendaklah disimpan untuk memudahkan penjejakan kontak sekiranya diperlukan;
  7. Membantu UKM melaksanakan dan memantau pelaksanaan Program Kawalan Risiko COVID-19;
  8. Menyiasat serta memaklumkan kepada PKU jika terdapat seseorang yang bergejala COVID-19;
  9. Melaksanakan cadangan daripada SOP DOSH, Perkara 4.4:
    • memantau dan memastikan arahan dan peraturan dalam Program Kawalan Risiko COVID-19 dipatuhi oleh pekerja di bawah seliaannya seperti penjarakan sosial dan          pemakaian PPE (jika diperlukan);
    • memantau secara berterusan pekerja di bawah seliaannya jika ada yang menunjukkan gejala jangkitan COVID-19;
    • memaklumkan kepada majikan dan PKU dengan segera jika ada pekerja secara tiba- tiba menunjukkan gejala jangkitan COVID-19;
    • memantau langkah kawalan dan pencegahan serta pengasingan bagi pekerja bergejala COVID-19; dan
    • membantu PKU selaku Setiausaha Jawatankuasa Tindakan Krisis UKM: Kategori Penyakit Berjangkit dalam menyediakan dokumen dan menyelenggara rekod berkaitan kehadiran pekerja serta kesihatan mereka.
  1. Anda bertanggungjawab untuk memantau prestasi, hasil kerja serta etika kerja staf dari semasa ke semasa sebagaimana yang ditetapkan di dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].

Jika anda tidak mempunyai sebarang urusan kerja yang mendesak atau penting, sila terus kekal bekerja dari rumah.

Bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi, sesi kerja adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. Sesi pagi : 8.00 hingga 12.00 tengahari; dan
    Sesi petang : 2.00 hingga 5.00 petang atau
  2. Penggiliran secara selang sehari

Jika anda tidak mempunyai sebarang urusan kerja yang mendesak atau penting di makmal, sila terus kekal bekerja dari rumah..

Jika anda perlu bekerja di makmal, sila ikuti langkah dalam garis panduan yang akan dikeluarkan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instumentasi (CRIM) UKM.

Berikut adalah langkah dalam pengurusan tetamu atau pelanggan dari luar:

  1. PTj perlu memastikan kaedah penyampaian perkhidmatan yang bersesuaian dan memudahkan pelanggan untuk berurusan sebaik-baiknya tanpa perlu hadir ke PTj;
  2. Semua petugas yang berurusan dengan pelanggan/PTj adalah diwajibkan mengambil langkah-langkah melindungi diri dengan dibekalkan hand sanitizer termasuk topeng muka dan hidung untuk digunakan sepanjang tempoh bertugas;
  3. Staf perlu merekodkan maklumat asas mana-mana warga atau pelanggan yang berurusan dengan mereka secara bersemuka sepanjang di PTj;
  4. Penganjuran sebarang program yang melibatkan warga UKM atau orang ramai atau lawatan tetamu luar hendaklah ditangguhkan;
  5. Tindakan-tindakan tertentu yang bersesuaian wajar diambil oleh PTj termasuk:
    • Menggalakkan imbasan suhu bagi setiap pelanggan di pintu masuk setiap PTj;
    • Menyediakan hand sanitizer untuk kegunaan semua pelanggan di pintu masuk PTj;
    • Hadkan pergerakan pelanggan di dalam PTj, di mana sesuai, dengan menyediakan ruang menunggu dan memastikan pelanggan beratur bersesuaian dengan penjarakan            sosial, menyediakan tempat untuk berurusan seperti kaunter, ruang perbincangan dan     sebagainya; dan
    • Menetapkan had masa berurusan (jika perlu).

  1. Pihak PKU akan menyediakan topeng muka dan hidung dan hand sanitizer kepada setiap PTj untuk kegunaan di pejabat. Sila dapatkan barang-barang tersebut daripada PKU.
  1. PTj perlu mengambil tindakan-tindakan tertentu yang bersesuaian seperti berikut:-
    • Melaksanakan imbasan suhu kepada semua pegawai dan pelanggan di semua pintu masuk PTj;
    • Memastikan kemudahan sabun yang bersesuaian disediakan di bilik air;
    • Kemudahan hand sanitizer di tempat-tempat strategik; dan
    • Memastikan kebersihan pejabat dan melaksanakan aktiviti pembersihan secara berkala pada tempat-tempat yang selalu disentuh oleh orang ramai seperti butang lif, tombol atau pemegang pintu, suis lampu dan sebagainya.
  1. Mematuhi saranan penjagaan kebersihan yang dikeluarkan oleh PKU dari semasa ke semasa.

Prosedur Operasi Standard Pergerakan Pulang Pelajar Dalam Kampus UKM Ke Kampung Halaman Bermula 27 April 2020

Anda boleh menghubungi mana-mana pegawai Hal Ehwal Pelajar yang disenaraikan di bawah:


ENCIK ASYRAF BIN RADZWAN
Penolong Pendaftar Kanan
Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM)
012 951 0714

DR. NOOR ALAUDIN BIN ABDUL WAHAB
Timbalan Pengarah 
Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) 
012 663 2455

DR MOHD SUHAIMI BIN MOHAMAD
Pengarah 
Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) 
012 696 7525

ENCIK KHAIZULNIZAM BIN MOHAMAD ZULDIN
Timbalan Pengarah 
Pusat Perumahan Pelajar
013 340 0833

HOTLINE KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)
03-8870 6777 / 6949 / 6628 / 6623 / 6124

1. Pelajar yang masih berada di kampus dibenarkan pulang ke rumah masing-masing yang terletak di ZON HIJAU mulai 27 April 2020. Pergerakan pelajar akan dilakukan secara berperingkat mengikut jadual yang akan diatur oleh IPT masing-masing.

2. Bagi pelajar yang rumah masing-masing berada di ZON KUNING ATAU ZON MERAH, mereka TIDAK DIBENARKAN PULANG.

KPT tidak mewajibkan pelajar antarabangsa untuk pulang ke negara asal. Walau bagaimanapun KPT tiada halangan sekiranya pelajar tersebut ingin pulang ke negara asal.

1. Pelajar yang memiliki kenderaan sendiri dibenarkan memandu pulang dengan syarat perjalanan TIDAK MERENTAS NEGERI dan mereka hanya memandu seorang sahaja.

2. Sebelum memulakan perjalanan, mereka perlu mendapat surat kebenaran pergerakan dari pihak IPT.

3. Bagi pelajar yang ingin pulang ke rumah merentasi negeri, mereka TIDAK DIBENARKAN memandu kenderaan sendiri tetapi mesti menaiki pengangkutan yang disediakan oleh IPT.

Tidak. Keluarga pelajar tidak dibenarkan mengambil pelajar di kampus.

Pihak universiti akan menyediakan pengangkutan untuk pelajar pulang ke kampung masing-masing.

Semua pelajar diminta menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT masing-masing dan mengisi maklumat lengkap yang diperlukan dalam borang permohonan untuk pulang termasuk destinasi dituju dan status kesihatan.

1. Para pelajar yang menyewa di zon hijau sahaja dibenarkan pulang ke kampung halaman di zon hijau. Mereka dikehendaki menjalani saringan gejala (suhu badan dan gejala seperti demam, batuk, selesema) sebelum dibenarkan menaiki bas ke kampung seperti mana yang ditetapkan oleh pihak KPT.

2. Pergerakan pelajar ke pusat pelepasan akan diuruskan sepenuhnya oleh institusi masing-masing.

3. Para pelajar yang menyewa di zon merah dan kuning tidak dibenarkan pulang.

Pelajar tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman yang berada dalam zon kuning dan merah.

Walau bagaimanapun, pelajar boleh pulang ke rumah saudara terdekat yang berada dalam zon hijau. Pelajar perlu terlebih dahulu mendapatkan surat persetujuan daripada saudara yang berkenaan dan merujuk kepada IPT masing- masing.

Pelajar yang ingin tinggal bersama saudara/kawan perlu mendapatkan surat kebenaran daripada keluarga saudara/kawan tersebut. Surat tersebut mesti dikemukakan kepada pihak IPT. Rumah yang dituju mestilah berada di zon hijau.

Pelajar perlu berhubung dengan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT masing-masing dan segera memberikan maklumat lengkap pelajar serta borang pengisytiharan kesihatan supaya setiap IPT boleh menguruskan perjalanan pulang ke kampung halaman.

  • Pergerakan bas pada waktu malam;
  • Destinasi ke zon hijau sahaja;
  • Pengangkutan diuruskan oleh IPT;
  • Bas akan terus ke IPD/ Pejabat Daerah di kampung masing-masing;
  • Seorang pegawai perhubungan (Liaison Officer) ditugaskan mengiringi pelajar di dalam bas; dan
  • 2 kerusi untuk seorang pelajar di dalam bas bagi menjaga penjarakan sosial (social distancing) – Bas berkapasiti penuh (40 orang) dimuatkan separuh (20 orang sahaja).

Pihak universiti akan melakukan saringan gejala (suhu badan sakit tekak, batuk, selsema dan sesak nafas) sebelum membenarkan pelajar pulang.

Pelajar yang gagal proses saringan gejala TIDAK DIBENARKAN pulang dan akan dihantar ke Pusat Kesihatan Pelajar IPT dan akan dirujuk kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

  1. Pelajar dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak akan menggunakan lapangan terbang KLIA, Pulau Pinang dan Johor Bahru (tertakluk kepada bilangan pelajar ke destinasi tersebut).
  2. Pelajar dari Sarawak ke Semenanjung akan berlepas menggunakan lapangan terbang Kuching ke KLIA.
  3. Pelajar dari Semenanjung ke Sarawak akan mendarat di empat (4) lapangan terbang iaitu Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu.
  4. Pelajar dari Sabah ke Semenanjung akan menggunakan lapangan terbang Kota Kinabalu ke KLIA.
  5. Pelajar dari Semenanjung ke Sabah akan mendarat di tiga (3) lapangan terbang iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
  6. Pelajar yang sampai di destinasi lapangan terbang akan dihantar ke rumah masing-masing dengan pengangkutan yang disediakan oleh agensi Kerajaan.

Kerajaan menyediakan pengangkutan dari lapangan terbang yang dikenal pasti ke kampung halaman masing-masing.

Tidak. Mereka bagaimanapun diingatkan supaya sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dengan ahli keluarga masing-masing sepanjang tempoh berada di kampung halaman.

Keperluan untuk kuarantin apabila tiba di Sabah/Sarawak adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa negeri masing-masing.

  1. Penghantaran pelajar akan dibuat oleh anggota agensi Kerajaan yang ditugaskan untuk menghantar mereka ke rumah masing-masing.
  2. Pihak RELA akan membantu menyusun pergerakan kenderaan di lokasi IPD/ Pejabat Daerah.
  3. Bagi pelajar yang rumah mereka berada dalam lingkungan 5 km dari IPD, ibu atau bapa atau seorang ahli keluarga sahaja diberi kelonggaran untuk menjemput anak masing-masing.

Pelajar dinasihatkan untuk mengikuti langkah-langkah keselamatan seperti berikut:

  1. Mematuhi semua arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  2. Mengamalkan penjarakan sosial.
  3. Mengikut nasihat kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

  1. Saringan gejala akan dijalankan sebelum pergerakan pelajar yang menaiki bas dan kapal terbang.
  2. Pelajar akan dibekalkan dengan hand sanitizer dan facemask sebelum bergerak.
  3. Ketika dalam bas, pelajar hendaklah mengamalkan penjarakan sosial sepanjang masa.
  4. Kesihatan pemandu bas juga akan disaring dan bas akan dinyahkuman (disinfect) terlebih dahulu.
  5. Semasa pergerakan, bas akan berhenti dalam perjalanan hanya untuk tujuan kecemasan sahaja.

  1. Ya, makan malam / juadah berbuka puasa disediakan sebelum pergerakan pelajar.
  2. Pihak IPT juga akan menyediakan juadah sahur.

  1. KPT akan memastikan makan dan minum pelajar yang memilih untuk terus berada di kampus disediakan.
  2. Urusan pembayaran yuran adalah tertakluk kepada IPT masing-masing.

Tidak. Pengajian masih berjalan secara online.

Bagi pelajar yang mempunyai kekangan dari segi kemudahan internet, sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing.

Urusan pembayaran yuran kolej adalah bergantung kepada pihak IPT masing- masing.

Prosedur Operasi Standard Pergerakan Pulang Pelajar Dalam Kampus UKM Ke Kampung Halaman Bermula 27 April 2020 - Untuk Pelajar Antarabangsa

KPT tidak mewajibkan pelajar antarabangsa untuk pulang ke negara asal. Walau bagaimanapun KPT tiada halangan sekiranya pelajar tersebut ingin pulang ke negara asal.

Semua pelajar diminta menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT masing-masing dan mengisi maklumat lengkap yang diperlukan dalam borang permohonan untuk pulang termasuk destinasi dituju dan status kesihatan.

Pelajar yang ingin tinggal bersama saudara/kawan perlu mendapatkan surat kebenaran daripada keluarga saudara/kawan tersebut. Surat tersebut mesti dikemukakan kepada pihak IPT. Rumah yang dituju mestilah berada di zon hijau.

Pihak universiti akan melakukan saringan gejala (suhu badan sakit tekak, batuk, selsema dan sesak nafas) sebelum membenarkan pelajar pulang.

Pelajar yang gagal proses saringan gejala TIDAK DIBENARKAN pulang dan akan dihantar ke Pusat Kesihatan Pelajar IPT dan akan dirujuk kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

  1. KPT akan memastikan makan dan minum pelajar yang memilih untuk terus berada di kampus disediakan.
  2. Urusan pembayaran yuran adalah tertakluk kepada IPT masing-masing.

Tidak. Pengajian masih berjalan secara online.

Urusan pembayaran yuran kolej adalah bergantung kepada pihak IPT masing-masing.

Soalan Lazin berkenaan COVID-19 untuk semua pelajar dan warga UKM.

Universiti Kebangsaan Malaysia memandang serius peningkatan kes jangkitan COVID-19 di peringkat antarabangsa dan Malaysia khasnya. Langkah proaktif telah diambil bagi menjamin keselamatan dan membendung penularan jangkitan virus ini. Pekeliling dan infografik berikut merupakan arahan dan panduan yang boleh diikuti untuk menangani serta mencegah penularan COVID-19 di universiti. Sila baca pekeliling dan kenyataan rasmi UKM yang terdapat di laman web ini.

Semua perhimpunan dan aktiviti adalah ditangguhkan buat sementara waktu. Rujuk Pekeliling Jabatan Pendaftar Bil.10/2020

Lawatan ke UKM tidak dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan bermula 14 Mac – 12 Mei 2020 yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Malaysia. Ini disebabkan kampus UKM ditutup pada masa Perintah Kawalan Pergerakan ini. Mana-mana lawatan yang telah dijadualkan semasa tempoh ini akan dipinda ke satu tarikh baru bergantung kepada keadaan semasa.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan COVID-19 boleh berhubung dengan Pusat Kesihatan Universiti di talian 019-2645072 atau 016-6654442.

Pergi ke Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terdekat untuk membuat saringan. Sekiranya arahan pengurungan (quarantine) dikeluarkan, anda perlu memaklumkan kepada Pusat Kesihatan Universiti melalui talian 019-2645072 atau 016-6654442. Senarai Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh diperolehi di http://www.moh.gov.my/

Sekiranya terdapat simptom jangkitan COVID-19, anda perlu membuat ujian saringan secepat yang mungkin di Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terdekat.

Sekiranya anda sedang menerima rawatan, anda akan dikategorikan sebagai individu yang mendapat cuti sakit dan boleh dikecualikan dari pembelajaran.

Viva pelajar kini boleh dikendalikan secara dalam talian. Sila hubungi Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah) atau Ketua Program fakulti / institut masing-masing untuk mendapatkan tarikh baru viva secara dalam talian anda.

  1. Jika anda pelajar, sila maklumkan kepada Dekan/Pengarah fakulti/institut dan Pusat Kesihatan Universiti di talian 019-2645072 atau 016-6654442.
  2. Jika anda kakitangan UKM, sila maklumkan kepada pegawai atasan dan Pusat Kesihatan Universiti di talian 019-2645072 atau 016-6654442.

  1. Jika anda berada di kampus, sila ke Kaunter Saringan COVID-19 di Kolej Ibu Zain untuk menjalani ujian saringan.
  2. Jika anda berada di rumah, sila dapatkan ujian saringan di Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (MOH) terdekat.

Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini menyebabkan terlepasnya solat Jumaat sebanyak 3 kali, dan dengan mengambil kira faktor merebaknya COVID-19 dengan lebih meluas, maka pihak berkuasa mengatakan mereka yang meninggalkan solat tersebut disebabkan keuzuran ini TIDAK TERMASUK dalam golongan yang mendapat ancaman Allah.

Warga UKM (staf atau pelajar) yang ditahan dan disabitkan atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Undang-Undang lain (contohnya Akta Komunikasi & Multimedia 1991/Akta Rahsia Rasmi 1972 dll), anda boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000. Tindakan tatatertib ini akan memberi implikasi besar antaranya adalah tangguh pergerakan gaji, turun gaji, buang kerja serta memberi kesan ke atas bayaran pencen.

Ya anda boleh bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan tertakluk kepada perakuan Jawatankuasa Peperiksaan Lisan Fakulti dan kelulusan Senat.

Perintah Kawalan Pergerakan (18 Mac hingga 12 Mei 2020) untuk semua pelajar dan warga UKM.

Semua operasi perkhidmatan UKM yang melibatkan pejabat, makmal dan Pusat Tanggung jawab (PTj) adalah ditutup sepenuhnya bermula 18 Mac 2020 hingga 12 Mei 2020 KECUALI perkhidmatan penting Universiti (atau essential services) seperti keselamatan, Pusat Kesihatan, Hospital Pengajar, Tekonologi Maklumat dan Bahagian Kewangan. Jika anda mempunyai keperluan yang mendesak dan kritikal untuk hadir ke kampus UKM(Bangi/KL), sila emel permohonan anda kepada Dekan Fakulti atau Pengarah Pusat / Institut. Nyatakan:

  • Tajuk: Permohonan untuk hadir ke UKM Kampus (Bangi/KL) pada (beri tarikh untuk hadir)
  • Nama
  • UKM(PER)
  • Tarikh
  • Masa
  • Alasan Untuk Hadir
  • Tempat/Bangunan Untuk Dituju

Berikan kelulusan yang diperolehi kepada pihak keselamatan di pintu masuk utama UKM.

  1. Entiti yang menguruskan pembayaran dibenarkan untuk ke pejabat menyelesaikan pembayaran dan pulang segera ke rumah setelah selesai tugas;
  2. Semua projek fizikal yang tidak kritikal perlu ditangguhkan sehingga perintah ini terbatal;
  3. Penjawat Awam termasuk kumpulan Pensyarah, Pengurusan & Profesional dan Pelaksana adalah diminta untuk bekerja dari rumah.  Bagi tujuan ini, staf adalah dibenarkan untuk membawa pulang aset keperluan seperti laptop (dengan izin Ketua Jabatan mengikut kategori tugas) dan dokumen-dokumen yang BUKAN DIKATEGORIKAN SEBAGAI RAHSIA. Garis panduan untuk bekerja di rumah boleh dicapai di  http://www.ukm.my/pendaftar/news/siri-2-2020-gpwfh/ Warga kerja UKM adalah diingatkan untuk meneruskan tugas dan kekal berada di rumah dalam tempoh ini.  Kehadiran di pejabat hanya dibenarkan bagi tujuan-tujuan tertentu yang kritikal untuk masa tertentu sahaja dan digalakkan dibuat secara penggiliran.  Sebarang kehadiran ke kawasan kampus dalam tempoh larangan, syarat berikut hendaklah dipatuhi:
  • Staf yang dikategorikan sebagai Perkhidmatan Penting: Sila emel kepada Dekan Fakulti atau Pengarah Pusat / Institut. Nyatakan:
    • Tajuk: Permohonan untuk hadir ke UKM Kampus (Bangi/KL) pada (beri tarikh untuk hadir)
    • Nama
    • UKM(PER)
    • Tarikh
    • Masa
    • Alasan Untuk Hadir
    • Tempat/Bangunan Untuk Dituju

Berikan kelulusan yang diperolehi melalui emel kepada pihak keselamatan di pintu masuk utama UKM.

  • Pelajar Pascasiswazah: Sila emel kepada Dekan Fakulti atau Pengarah Pusat / Institut dan cc kepada penyelia. Nyatakan:
    • Tajuk: Permohonan untuk hadir ke UKM Kampus (Bangi/KL) pada (beri tarikh untuk hadir)
    • Nama
    • UKM(PER)
    • Tarikh
    • Masa
    • Alasan Untuk Hadir
    • Tempat/Bangunan Untuk Dituju

Berikan kelulusan yang diperolehi melalui emel kepada pihak keselamatan di pintu masuk utama UKM.

  • Pelajar antarabangsa dan pelajar warganegara yang tidak dapat pulang ke rumah atas sebab munasabah: Senarai nama, Fakulti dan nombor matrik pelajar hendaklah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal-Pelajar). Senarai ini akan dijadikan sebagai rujukan oleh Bahagian Keselamatan UKM. Pemeriksaan secara rawak akan dilakukan oleh anggota keselamatan yang bertugas di pintu masuk utama Universiti.

Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh kampus termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya adalah berkuat kuasa 18 Mac 2020 hingga 12 Mei 2020. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di Pusat Islam UKM termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

Semua pelajar (warganegara dan bukan wareganegara) adalah dinasihatkan untuk tidak meninggalkan Malaysia dalam tempoh ini.  Namun, jika nasihat ini tidak dipatuhi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, maka tuan/puan adalah tertakluk kepada peraturan imigresen di Malaysia dan di negara yang dikunjungi.  UKM tidak akan bertanggung jawab dan tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kesan terhadap langkah yang diambil kerana nasihat telahpun diberikan.

Anda tidak perlu menggunakan pembelajaran dalam talian sebagai alat untuk mengajar kerana semua pembelajaran dalam talian telah dihentikan mulai 18 Mac hingga 26 April 2020 mengikut Pindaan Pekeliling Naib Canselor Bil 1/2020, Pekeliling Naib Canselor Bil 2/2020 dan Pekeliling Pendaftar Bil 13/2020. Pengajaran dan pembelajaran akan berlaku seperti biasa bermula 27 April  2020 melainkan ada notis terbaru yang menyatakan sebaliknya. Walau bagaimanapun anda sebagai tenaga pengajar dikehendaki bersiap sedia menyediakan bahan pengajaran secara atas talian  menggunakan UKMFolio dalam  tempoh 18 Mac – 26 April , kerana pada 27 April 2020, sesi pembelajaran akan bermula dan kaedah pembelajaran adalah secara atas talian atau (bersemuka (jika sesuai). Sila rujuk Pekeliling Naib Canselor Bil 2/2020 perkara iii Aktiviti Pengajaran, Pembelajaran, Penyelidikan dan Peperiksaan Secara Atas Talian.

Pelaksanaan aktviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) di UKM adalah dihentikan sehingga 26 April 2020.  Sila rujuk kalendar akademik yang dinyatakan di dalam Pekeliling Pendaftar Bil 13/2020.

Kalendar akademik yang baru adalah seperti berikut dan boleh di rujuk pada Pekeliling Pendaftar Bil 13/2020

Kalendar akademik di atas ialah untuk semua Program Sepenuh Masa Prasiswazah (Kampus Induk Bangi, Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Farmasi) dan program siswazah (Kampus Induk Bangi, Fakulti Sains Kesihatan Fakulti Farmasi dan Fakulti Perubatan (kecuali Program Doktor Pakar)

Program Doktor Pergigian & program Siswazah Pergigian, Fakulti Pergigian sesi pembelajaran semula pada 20 April 2020. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian akan dilaksanakan sekiranya keadaan tidak membenarkan untuk dilaksanakan secara bersemuka. Sesi klinikal akan dijadualkan apabila keadaan membenarkan.

 Program Ijazah Doktor Perubatan Tahun 1 hingga 5 & Sarjana Muda Kejururawatan, Fakuti Perubatan, sesi pembelajaran bermula 1 April 2020. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.

Program Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan sesi pembelajaran bermula pada 15 April 2020.

Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan &  program Kedoktoran, UKM-Graduate School of Business sesi pembelajaran  bermula  pada 27 April 2020. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian akan dilaksanakan sekiranya keadaan tidak membenarkan untuk dilaksanakan secara bersemuka

Program Eksekutif & Program Berterusan Jarak Jauh (PBJJ), Pusat Kembangan Pendidikan, sesi pembelajaran bermula pada 30 Mac 2020. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.

Sebarang kerja-kerja penyelidikan yang kritikal dan mendesak yang melibatkan sel-sel kultur, spesimen dan lain-lain yang sama kategorinya, kehadiran ke kampus untuk menguruskannya hendaklah mendapat kelulusan Dekan Fakulti atau Pengarah Pusat / Institut tetapi masa yang dibenarkan adalah sangat minima. Sila emel kepada Dekan Fakulti atau Pengarah Pusat / Institut. Nyatakan:

  • Tajuk: Permohonan untuk hadir ke UKM Kampus (Bangi/KL) pada (beri tarikh untuk hadir)
  • Nama
  • UKM(PER)
  • Tarikh
  • Masa
  • Alasan Untuk Hadir
  • Tempat/Bangunan Untuk Dituju

Berikan kelulusan yang diperolehi melalui emel kepada pihak keselamatan di pintu masuk utama UKM.

Hanya pelajar yang tidak dapat pulang ke rumah masing-masing atas sebab yang munasabah sahaja dibenarkan untuk tinggal di Kolej Kediaman dalam tempoh ini (18 Mac – 12 Mei 2020) . Walau bagaimanapun, pelajar ini DIWAJIBKAN untuk melapor diri di Pusat Perumahan  Pelajar dengan serta merta.

Premis seperti kafeteria dalam kampus adalah dibuka secara terhad. Kafeteria yang dibuka adalah di kolej kediaman berikut:.

  1. Kolej Dato Onn
  2. Kolej Aminuddin Baki
  3. Kolej Ungku Omar
  4. Kolej Burhanuddin Helmi
  5. Kolej Ibrahim Yaakub
  6. Kolej Keris Mas
  7. Kolej Pendeta Za'ba
  8. Kolej Hussein Onn
  9. Kolej Tun Syed Nasir
  10. Kolej Tun Dr Ismail

Hanya pintu masuk utama universiti yang akan beroperasi untuk tempoh 24 jam. Pintu masuk ke-2 dan ke-3 akan ditutup sepanjang masa.

Sila rujuk dengan organisasi tempat anda menjalani latihan industri. Anda perlu bekerja dari rumah jika diarahkan untuk berbuat demikian oleh pihak oganisasi. Penyelaras latihan industri anda tidak dibenarkan untuk melawat anda sehingga 12 Mei 2020.

  • Ujian Saringan COVID-19
    • Dr Masdalina :019-2645072
    • Dr Azman: 016-6654442
  • Keselamatan: 03 8921 5072
  • Pelajar Pertukaran Antarabangsa (1Semester)
  • Pelajar Antarabangsa
  • Akademik: akad@ukm.edu.my
  • Hal-ehwal Pelajar:
    • 018 774 4108 (Encik/Mr Muhammad Afdzal bin Mohd Afandi) / pghhep@ukm.edu.my

Jika anda ingin pulang ke negara asal semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan, anda perlu mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Walau bagaimanapun, kebenaran masih tertakluk kepada peraturan Imigresen Malaysia. UKM tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa perkara yang berlaku semasa anda ingin meninggalkan Malaysia memandangkan nasihat untuk terus kekal berada di Malaysia sepanjang tempoh pelaksanaan  Perintah Kawalan Pergerakan telah diberikan.

Semua kemudahan sukan di UKM ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (18 Mac – 12 Mei 2020)

Anda boleh kekal tinggal dikampus/ kolej kediaman sehingga tarikh 12 Mei 2020. Selepas tarikh tersebut ia bergantung kepada pengumuman pihak kerajaan dan anda akan dimaklumkan semula oleh pihak universiti.

Anda boleh memohon kepada Pengarah Hal-Ehwal Pelajar tetapi hanya sebab musabab yang kritikal dan penting yang akan diberikan kebenaran masuk. Sila kekal dirumah dan patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Untuk hadir ke UKM sila emel kepada Pengarah Hal-Ehwal Pelajar (pghhep@ukm.edu.my) Nyatakan:

  • Tajuk: Permohonan untuk hadir ke UKM Kampus (Bangi/KL) pada (beri tarikh untuk hadir)
  • Nama
  • UKM(PER)
  • Tarikh
  • Masa
  • Alasan Untuk Hadir
  • Tempat/Bangunan Untuk Dituju

Berikan kelulusan yang diperolehi melalui emel kepada pihak keselamatan di pintu masuk utama UKM

Anda boleh menghubungi

Perkara berkaitan hal ehwal pelajar

Encik Asyraf Bin Radzwan
Penolong Pendaftar Kanan
Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM)
012 951 0714

Dr. Noor Alaudin Bin Abdul Wahab
Timbalan Pengarah
Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM)
012 663 2455

Dr Mohd Suhaimi Bin Mohamad
Pengarah
Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM)
012 696 7525

Encik Khaizulnizam Bin Mohamad Zuldin
Timbalan Pengarah
Pusat Perumahan Pelajar
013 340 0833

Talian Hotline Hal Ehwal Pelajar UKM di 03-8921 4534/ 4670/ 4671

Emel: pghhep@ukm.edu.my


Perkara berkaitan akademik pelajar

Hal Ehwal Prasiswazah
Encik Izham - 017 237 3238
Encik Azmi = 019 321 1294

Hal Ehwal Pascasiswazah
Cik Suhaida - 012 265 5420
Puan Latifah - 011 2337 2809

Hal Ehwal Senat
Puan Rohana - 012 220 7557
Puan Jumriah - 013 322 8858

Hal Ehwal Visa
Encik Ong Chang Ee - 012 905 7070

Emel: akad@ukm.edu.my

Covid-19: FAQ berkaitan dengan pelajar yang tinggal di kolej kediaman

Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan kolej masing-masing kecuali atas sebab-sebab tertentu atau kecemasan/penting sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan  (18 Mac – 12 Mei 2020).

Sebarang pergerakan keluar kolej kediaman/kampus hendaklah dilaporkan kepada Pos Keselamatan Jalan Bunga Raya, dipintu masuk utama untuk direkodkan.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, anda adalah tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia pada 16 Mac 2020. Justeru, sila patuh kepada semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Sebarang pelanggaran PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN boleh dikenakan tindakan penahanan dibawah Akta 574 Kanun Keseksaan oleh pihak berkuasa. Pihak Unversiti tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan pihak berkuasa disebabkan oleh pelanggaran perintah tersebut.

Kafeteria akan dibuka. Berikut adalah senarai kafeteria yang dibuka sepanjang tempoh pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 12 Mei 2020. Pelajar boleh pergi ke kafeteria berkenaan untuk membeli makanan atau menghubungi untuk khidmat penghantaran ke kolej yang perkhidmatan cafe tidak dibuka.

Kolej Dato Onn
Telefon: 0193300564

Kolej Aminuddin Baki
Telefon: +60 11 6082 8803

Kolej Tun Syed Nasir
Telefon: 0192372700

Kolej Ibrahim Yaakob
Telefon: 0182334371

Kolej Tun Hussein Onn
Telefon: 0387397697

Kolej Tun Dr Ismail
Telefon: 0177566888

Kolej Ungku Omar
Telefon: 018-9884482

Kolej Pendeta Zaba
Telefon: 0136464451

Kolej Burhannuddin Helmi
Telefon: 0102258720

Kolej Keris Mas
3 Warisan SK Enterprise
Telefon: 0133507359

Is Catering
Telefon: 01110187127

Isbi Trading
Telefon: 0139670260

Hot Meal Bar Pusanika
Telefon: 0137811963

 

Bekalan makanan mencukupi. Jika tiada bekalan makanan di kafeteria, Pusat Hal Ehwal Pelajar dan Pusat Zakat UKM juga menyediakan makanan kepada pelajar di kolej-kolej melalui kafetaria yang beroperasi sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini. Para pelajar dijemput untuk mengambil makanan yang disediakan secara PERCUMA. Berikut merupakan jadual pengambilan makanan di kafetaria:

Sarapan Pagi        : 8.00 pagi – 10.00 pagi

Makan Tengahari: 12.00 tengahari – 2.00 petang

Makan Malam       : 6.00 petang – 7.00 malam

Bagi kafetaria kolej yang tidak beroperasi, penyediaan makanan akan diuruskan oleh kafetaria berdekatan. Seterusnya pihak kafetaria tersebut akan menghantar ke kolej yang berkenaan. Makanan akan disediakan dalam bentuk “packed food” untuk mengelakkan perhimpunan di kafetaria kolej dan para pelajar digalakkan untuk menikmati hidangan di bilik sahaja.

Pelajar yang masih tinggal di kampus boleh berhubung dengan wakil Majlis Eksekutif Pelajar/Felo Penghuni Kolej Kediaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan jika memerlukan apa-apa bantuan di peringkat kolej:

  1. Yillson Yanggun (KKM) - 01132172438
  2. Sarah Adib (KTDI) - 0127065517
  3. Hanani (KTHO) - 0189590582
  4. Shamil (KRK) - 0172497237
  5. Fanie (KUO) - 013 9669707
  6. Afif (KTSN) - 0172911753
  7. Zamei (KDO) - 0166112406
  8. Jason (KIY) - 016-6926191
  9. Felo Fuad (KBH) - 014-2358602
  10. Felo Chang Ee (KIZ) - +60 12-905 7070
  11. Felo Maziah (KPZ) -+6 017-661 6253
  12. Felo Najmin (KAB) - +60 11 3330 4010

Pusat Hal-Ehwal Pelajar (HOTLINE)

  1. En. Asyraf Radzwan (012-9510714)
  2. En. Muhammad Afdzal (018-7744108)

 Pusat Perumahan Pelajar

  1. En. Khaizulnizam Mohamad Zuldin (013-3400833)
  2. En. Danny Hamidon (013-3509215)
  3. Pn. Izzaty Farhana (012-6451163)

Pergerakan Pelajar Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Tidak, anda tidak boleh kembali ke kampus sehingga PKP tamat. Sila tunggu pengumuman selanjutnya dari Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM untuk maklumat bagaimana anda boleh kembali ke kampus setelah PKP tamat. Anda dianggap sebagai melanggar peraturan PKP jika anda masih berdegil dan tetap kembali ke kampus dan tindakan boleh diambil terhadap anda.

Kebenaran Pergerakan Pelajar Warga Asing Untuk Pulang Ke Negara Asal

Prosedur yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai dokumen perjalanan yang sah termasuk passport dan tiket penerbangan yang telah dibuat pengesahan perjalanan dengan syarikat penerbangan terlebih dahulu;
  2. Mendapatkan persetujuan bertulis daripada kedutaan masing-masing; dan
  3. Mendapatkan surat kebenaran untuk keluar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) daripada UKM Global atau Pusat Kembangan Pendidikan UKM sebagai bukti anda dalam perjalanan ke lapangan terbang dan akan meninggalkan negara ini untuk kembali ke negara asal.

Ya, pihak universiti akan membantu anda untuk mendapatkan dokumen pada (b) dan (c). Sila hubungi UKM Global dan Pusat Kembangan Pendidikan UKM.

Selain daripada mematuhi prosedur yang dinyatakan di atas, anda juga perlu sentiasa peka dengan perkembangan dan arahan terkini daripada pihak Kerajaan terutamanya Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara melalui saluran media seperti televisyen dan laman web rasmi serta media sosial kementerian yang terlibat.

Jadual Penyediaan Makanan Kepada Pelajar Yang Menginap Di Kolej Kediaman Mulai 24 April 2020 Sehingga 12 Mei 2020

Mulai 24 April 2020, jadual penyediaan makanan adalah seperti berikut:

BAGI PELAJAR MUSLIM YANG BERPUASA

Bil Perkara Masa
1 Makan berbuka 6.00 petang  – 7.00 malam
2 Minum malam 9.30 malam – 10.30 malam
3 Makan sahur 2.00 pagi – 4.00 pagi

 

BAGI PELAJAR BUKAN ISLAM DAN MEREKA YANG TIDAK DAPAT BERPUASA

Bil Perkara Masa
1 Sarapan pagi 8.00 pagi-10.00 pagi
2 Makan tengahri 12.00 tgh-2.00petang
3 Makan malam 6.00 petang – 7.00 malam

 

Bekerja Sambilan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Universiti memahami keinginan anda untuk bekerja sambilan bagi menampung perbelanjaan anda yang berkaitan dengan pengajian dan kehidupan anda. Namun semasa PKP anda TIDAK DIBENARKAN bekerja secara sambilan kerana risiko anda terdedah kepada virus semasa anda bekerja. Adalah menjadi tanggungjawab universiti untuk menjaga pelajar di kampus dengan baik dan memastikan anda tidak dijangkiti atau menjangkiti orang lain. Sekiranya anda menghadapi masalah kewangan semasa PKP, sila maklumkan Pusat Hal Ehwal Pelajar UKM  agar mereka dapat membantu anda.

Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Atas Talian Semasa Minggu Perkuliahan Bermula 27 April 2020 Sehingga 28 Jun 2020

Para pelajar diminta berbincang dengan pensyarah kursus masing-masing mengenai aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Jika terdapat pelajar yang tidak boleh melaksanakan aktiviti pembelajaran secara dalam talian melalui platform yang telah disediakan (UKM Folio, Zoom, Youtube dan sebagainya), pelajar perlulah memaklumkan kepada pensyarah supaya pensyarah boleh membuat pemantauan ke atas pelajar dan menggunakan kaedah lain yang sesuai bagi menilai penglibatan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar perlu memaklumkan kepada pensyarah kursus dan ketua program supaya kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai diberikan bagi menggantikan sesi pembelajaran secara dalam talian melalui platform yang telah ditetapkan (UKM Folio, Zoom, Youtube dan sebagainya). Ini bagi membolehkan pelajar melengkapkan keperluan kursus dengan sempurna. Pelajar juga boleh memohon penangguhan pengajian/ penggantungan pendaftaran pada Semester 2 Sesi 2019/2020. Sebaik sahaja pelajar memohon untuk penangguhan pengajian/ penggantungan pendaftaran, semua penilaian berkaitan kursus akan ditangguhkan.

Covid-19: Penambahbaikan Pelaksanaan Peperiksaan Akhir Semester II Sesi Akademik 2019-2020

Ada dua kaedah untuk peperiksaan akhir Semester II Sesi Akademik 2019 – 2020.

    • Penilaian berterusan; atau
    • Peperiksaan Akhir WAJIB secara open book melalui
      • atas talian
      • bawa pulang
      • secara bersemuka (jika situasi membenarkan)

Perincian adalah seperti berikut:

Peperiksaan Akhir Secara Atas Talian

  • Kaedah pelaksanaan dan kaedah penilaian akan dimaklumkan oleh Fakulti/Institut/Pusat.

Bawa Pulang

  • Pelajar TIDAK DIBENARKAN melakukan plagiat daripada sumber rujukan dan skrip jawapan rakan. Pensyarah boleh mengambil tindakan sewajarnya dengan membuat laporan kepada Universiti sekiranya mendapati pelajar berbuat demikian. Perakuan daripada pelajar akan dilakukan semasa pelajar menghantar skrip jawapan dengan menyatakan bahawa jawapan yang dikemukakan adalah hasil kerja sendiri dan bukannya melakukan plagiat daripada rakan atau sumber yang lain.
  • Tempoh masa dan kaedah penghantaran skrip jawapan oleh pelajar perlu ditetapkan oleh Fakulti/Institut/Pusat. Pensyarah dan pelajar digalakkan menggunakan platform UKMFolio™.

Buka Buku (Open Book) Secara Bersemuka

  • Sekiranya Fakulti/Institut/Pusat berhasrat menjalankan peperiksaan buka buku secara bersemuka, peperiksaan tersebut hendaklah dilakukan secara pecahan kumpulan kecil untuk setiap kursus dan susunan tempat duduk peperiksaan adalah mengambil kira saranan penjarakkan sosial (social distancing) yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (sekurang-kurangnya radius 1 meter).
  • Pelajar dibenarkan membawa buku rujukan, bahan kuliah atau bahan rujukan lain yang dibenarkan oleh pensyarah. Bahan rujukan yang dibawa mestilah dalam bentuk salinan keras (hardcopy). Pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa dalam peperiksaan buka buku secara bersemuka. Pelajar yang gagal mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.
  • Pelajar TIDAK DIBENARKAN berbincang dan soalan perlu dijawab secara berseorangan. Pensyarah boleh mengambil tindakan sewajarnya dengan membuat laporan kepada Universiti sekiranya mendapati pelajar melakukan kesalahan tatatertib dalam bilik peperiksaan.
  • Pelajar tidak boleh berkumpul sebelum dan selepas peperiksaan dijalankan bagi mencegah penularan wabak.

Peperiksaan secara buka buku Semester II Sesi Akademik 2019-2020  bermula pada 29 Jun 2020 sehingga 17 Julai 2020. Tiada Peperiksaan Berjadual Akademik akan dijalankan pada semester ini. Tarikh pengesahan maklumat keperluan peperiksaan bagi Semester II Sesi Akademik 2019-2020 adalah dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Tarikh untuk pengesahan masuk peperiksaan dan cetakan masuk dan jadual peperiksaan adalah seperti berikut:

Viva pelajar kini boleh dikendalikan secara dalam talian. Sila hubungu Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah) atau Ketua Program fakulti / institut masing-masing untuk mendapatkan tarikh baru viva secara dalam talian anda.

Pekeliling Pusat Pengajaran Dan Pembangunan Kurikulum 1/2020

Medium pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara atas talian sepanjang tempoh pengkuliahan adalah seperti berkut:

  • Microsoft Teams merupakan pelantar rasmi UKM untuk pengajaran atas talian mod segerak (synchronous).
  • UKMFolio™ merupakan pelantar rasmi UKM untuk pengajaran atas talian mod tidak segerak (asynchronous).

Semua bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara atas talian menggunakan UKMFolio™ boleh diperolehi bermula 27 April 2020 di pautan https://ukmfolio.ukm.my.

  • Bagi aduan dalam talian, sila tekan butang Aduan di UKMFolio™ atau terus ke pautan berikut https://bit.ly/2QX5oFt.
  • Bagi maklumat terkini mengenai Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) secara atas talian, sila ke Telegram Pengajaran-UKM di pautan https://bit.ly/2J07Vuj.

Prosedur Bagi Pelajar Yang Berada Di Negara Yang Sedang Menguatkuasakan Arahan “Full Lockdown”

Berikut adalah prosedur untuk pelajar yang berada di negara yang menguatkuasakan arahan “full lockdown”.

  1. Hubungi Pusat Hubungan Antarabangsa universiti luar negara. Bincangkan tentang mod pengajaran dan pembelajaran, tempat tinggal dan kebajikan sepanjang tempoh “full lockdown”.
  2. Seterusnya, hubungi UKM Global dan Kedutaan Malaysia di negara tersebut. UKM Global akan menghubungi pihak universiti luar negara dan Kedutaan Malaysia.
  3. Sebarang keputusan adalah tertakluk kepada perbincangan antara UKM, universiti luar negara dan Kedutaan
  4. Pelajar perlu sentiasa melaporkan keadaan semasa kepada UKM Global melalui email exchange@ukm.edu.my

Prosedur Untuk Kembali Ke Malaysia

Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

1. Berikan nama penuh anda, nombor telefon untuk dihubungi, butiran penerbangan, contohnya nombor penerbangan, masa berlepas, masa ketibaan dan lapangan terbang ketibaan. Maklumkan kepada individu berikut di UKM (home university).

  • Dekan/Timbalan Dekan Akademik
  • Koordinator/penyelia di fakulti/ Pusat Hubungan Antarabangsa
  • Pusat Kesihatan

2. Maklumkan juga kepada individu berikut di universiti tempat anda menjalani program (host university).

  • Koordinator fakulti
  • Pejabat Antarabangsa

3. Beli tiket penerbangan anda.

4. Semasa ketibaan di lapangan terbang:

  • Jika semasa saringan, anda mempunyai sebarang simptom atau didapati positif COVID-19, anda akan dibawa ke hospital.
  • Jika semasa saringan, anda tidak mempunyai sebarang simptom atau didapati negative COVID-19, anda akan dikuarantinkan di pusat kuarantin NADMA yang terpilih. Selepas 14 hari, anda akan dibenarkan pulang.

Perkhidmatan Penghantaran Ubat Terus Ke Rumah

Anda boleh mendapatkan ubat anda melalui Perkhidmatan Penghantaran Ubat Terus ke Rumah yang disediakan oleh Jabatan Farmasi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Berikut adalah prosedurnya:

  1. Semak baki ubat anda di rumah.
  2. Sekiranya ubat tidak mencukupi, Whatsapp Farmasi di talian 018 968 2218 dan sertakan nama pesakit, nombor RN dan poskod alamat untuk saringan kelayakan.
  3. Jika layak, ubat akan dihantar terus ke alamat yang telah ditetapkan. Bekalan ubat yang diberikan adalah untuk 2 bulan.
  4. Jika tidak layak, pesakit boleh menggunakan Perkhidmatan Panggil Dan Ambil (PDA) Pandu Lalu.

Ya, anda akan dikenakan caj bagi perkhidmatan ini. Kadar caj kiriman bermula dari RM5.30 (tertakluk kepada berat bungkusan) dan perlu dibayar secara tunai semasa penghantaran (COD).

Waktu operasi perkhidmatan ini adalah seperti berikut:
Isnin-Jumaat: 8.30 pagi – 4.30 petang

Nombor yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

03-9145 8241/ 03-91456990

018 968 2218 (Whatsapp sahaja)

Perkhidmatan Panggil & Ambil Pandu Lalu

Berikut adalah prosedur untuk menggunakan perkhidmatan ini:

  1. Semak baki ubat anda di rumah.
  2. Jika tidak mencukupi, sila hubungi farmasi di talian 03 9145 8241/03 9145 6990 minimum satu hari (1) sebelum mengambil ubat. Kakitangan farmasi akan memberitahu anda tarikh untuk datang dan mengambil ubat.
  3. Ubat boleh diambil secara pandu lalu di lobi Medicaly Assisted Conception (MAC) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh kakitangan farmasi. Sila nyatakan nama pesakit, nombor RN dan nombor siri PDA (Perkhidmatan Panggil dan Ambil) ketika berurusan.

Waktu operasi perkhidmatan ini adalah seperti berikut:

Untuk Membuat Pesanan Ubat:
Isnin - Jumaat: 8.30 pagi - 4.30 petang

Untuk Mengambil Ubat Menggunakan Perkhidmatan Panggil dan Ambil Pandu Lalu:
Isnin - Jumaat: 10.30 pagi - 12.30 tengahari