Syarat Kemasukan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada 18 Mei 1970, dan merupakan Universiti ketiga ditubuhkan di Malaysia selepas Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia. Pada awal penubuhannya, UKM mempunyai Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Sains dan Fakulti Sastera (diubah kepada Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada 1974).

UKM lahir dari hasrat dan aspirasi orang-orang Melayu yang telah wujud semenjak tahun 1930-an menyarankan agar sebuah Universiti yang bertaraf kebangsaan dan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya ditubuhkan. Hasrat ini tercapai apabila timbulnya keperluan untuk menampung pelajar-pelajar lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi selepas negara mencapai kemerdekaan.

Pada masa ini, UKM menawarkan sebanyak lebih 70 program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda daripada 13 buah Fakulti. Fakulti-fakulti berkenaan adalah;

1. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
2. Fakulti Farmasi
3. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
4. Fakulti Pendidikan
5. Fakulti Pergigian
6. Fakulti Perubatan
7. Fakulti Pengajian Islam
8. Fakulti Sains dan Teknologi
9. Fakulti Sains Kesihatan
10. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
11. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, dan
12. Fakulti Undang-Undang
13. Pusat Citra Universiti

Mulai Sesi Akademik 2012-2013, UKM telah mula mengambil pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti Program ASASIpintar. Program ASASIpintar UKM merupakan program ‘feeder’ UKM untuk sekumpulan pelajar yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi dan boleh dianggap sebagai pintar dan berbakat.

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  2. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi / Diploma / Setaraf
  3. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / APEL (A)