Search
Close this search box.
UKMOrchestra

Pusat Kebudayaan Universiti

Fungsi Pusat Kebudayaan Universiti ialah untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti kebudayaan dan kesenian, merangka kursus-kursus dan bengkel kesenian untuk pelajar dan warga kampus, menyediakan perkhidmatan kepada fakulti-fakulti dan jabatan yang menawarkan kursus yang berkaitan dalam bidang kebudayaan dan kesenian, menawarkan khidmat nasihat kepada semua persatuan dan kelab-kelab pelajar yang berkaitan dengan program kebudayaan dan kesenian dan khususnya kumpulan-kumpulan kesenian di bawah Urusetia ARTISUKMA.

Pusat Kebudayaan Universiti juga menawarkan perkhidmatan khidmat nasihat pengurusan seni, bimbingan dan menyediakan kemudahan kepada Urusetia Kesenian di kolej-kolej di UKM. Pusat ini juga dipertanggungjawabkan oleh universiti sebagai penasihat dan menguruskan seni persembahan dan kebudayaan yang melibatkan acara-acara rasmi universiti seperti seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan acara rasmi tahunan universiti.

Seni Persembahan

Sekiranya anda mendapat kegembiraan adrenalin dari tampil di atas pentas dan mempunyai impian untuk menyanyi, menari dan / atau berlakon sebagai kerjaya, maka seni persembahan boleh menjadi cara yang sempurna untuk mengembangkan kemahiran dan membina keyakinan anda. Kebanyakkan aktiviti ini dijalankan untuk membantu pelajar dan kakitangan UKM menjadi seniman yang mahir dalam bidang lakonan, nyanyian dan tarian, dan juga bermain alat muzik.

Perkhidmatan

Pusat Kebudayaan Universiti menyediakan perkhidmatan dan kemudahan seperti berikut :

  1. Pengajaran dan Pembelajaran kelas-kelas kesenian
  2. Kursus dan bengkel kesenian
  3. Pengurusan persembahan kebudayaan dan kesenian
  4. Kemudahan pinjaman peralatan kesenian dan tempahan dewan DECTAR / Panggung Seni / Studio Latihan.
  5. Pengurusan Galeri Seni dan Bilik Sumber
  6. Khidmat nasihat kebudayaan dan memberi kerjasama kepada persatuan pelajar dan kakitangan dalam melaksanakan aktiviti budaya.
  7. Persembahan kesenian dalam dan luar kampus.
  8. Menyelaras dan menguruskan kelas-kelas kesenian di bawah Program Citra dan Kemahiran Seni.
  9. Memberi kerjasama kepada Fakulti / Pusat / Kolej-Kolej yang menjalankan program yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan di Pusat Kebudayaan:

  1. Kelas / Kelab Nasyid 
  2. Kelas / Kelab Gamelan
  3. Kelas / Kelab Senitari
  4. Kelas / Kelab Muzik 
  5. Kelas / Kelab Muzik Klasik
  6. Kelas / Kelab Koir (Seni Vokal)
  7. Kelas / Kelab Muzik Asli, Keroncong, Ghazal, Cak Lempong, Muzik Wayang Kulit dan Angklung
  8. Kelas / Kelab Seni Mempertahankan Diri / Gendang  Silat
  9. Kelas / Kelab Senirupa (Khat, Arca, Seni Lukis, Batik dan Seni Foto)
  10. Kelas / Kelab Dikir Barat 
  11. Kelas / Kelab Kompang / Rebana Ubi / Kertuk / Gendang Sembilan / Jidor / Gendang 24 Musim dan Gendang India
  12. Kelas / Kelab Senifoto / Filem / Video
  13. Kelas / Kelab Drama / Teater / Bangsawan
  14. Kelas / Kelab Pengurusan Seni dan Teknikal
  15. Kelas / Kelab  Orkestra Moden dan Tradisional
  16. Kelas / Kelab Tradisi Lisan / Pantun
  17. Kelas / Kelab Pengacaraan

 

Di sinilah pengalaman kampus dicipta!

Ikuti Media Sosial Pusat Kebudayaan UKM  

Waktu Operasi
Isnin – Khamis
8:00 pagi – 12:45 malam
2:00 petang – 4:45 petang

Jumaat
8:00 pagi – 12:00 malam
2:45 petang – 4:45 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum – TUTUP

 

Pusat Kebudayaan Universiti
Tingkat 3, Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor 

Tel: +603 89215342/ 5240
E-mel: pkebudayaan@ukm.edu.my