Search
Close this search box.

Pusat Kesihatan Universiti

Kejayaan di UKM bermaksud kekal sihat - minda dan tangan, badan dan jiwa. Kesihatan dan kesejahteraan anda adalah salah satu keutamaan kami. Disebabkan itulah kami menggalakkan anda untuk memanfaatkan kemudahan penjagaan kesihatan yang selesa di kampus kami.

Unit Perubatan

Perkhidmatan yang Disediakan:

  1. Rawatan Perubatan dan surgery minor (Pesakit Luar)
  2. Rawatan Bantuan Kecemasan dan Ambulans
  3. Perkhidmatan Rawatan Atas-Panggilan (Oncall)
  4. Pemeriksaan klinikal dan makmal perubatan
  5. Perkhidmatan Asas Radiografi (X-Ray).
  6. Pemeriksaan Elektrokardiogram (ECG)
  7. Pemeriksaan ‘Ultrasound’
  8. Pemeriksaan Kesihatan (Medical Examination)
  9. Rawatan Fisioterapi (Infrared, Massage Chair)
  10. Perkhidmatan Kesihatan Awam
  11. Pembekalan Ubat-ubatan Bantu Mula
  12. Perkhidmatan Bantuan Perubatan (Medical Cover) untuk acara sukan dan acara rasmi Universiti
  13. Rawatan Profilaktik (pencegahan) dan nasihat perubatan
  14. Klinik Lawatan Pakar (Pakar Pemakanan dan Psikiatri)

Surat Jaminan

Dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan atau Penolong Pendaftar bagi Kampus Kuala Lumpur

Unit Pergigian

Perkhidmatan yang Disediakan

  1. Pemeriksaan mulut dan gigi
  2. Pendidikan kesihatan pergigian
  3. Pengskaleran dan penggilapan
  4. Tampalan gigi
  5. Rawatan penanaman akar gigi hadapan
  6. Cabutan gigi
  7. Pembuatan gigi palsu (Dentur)
  8. Pembedahan kecil mulut

Tuntutan Bayaran Balik Bil Hospital

  1. Kemukakan resit /bil asal hospital (kerajaan) kepada pusat kesihatan.
  2. Kunjungan ke klinik swasta atau hospital tidak boleh dituntut di bawah Skim Kesihatan Universiti.      
  3. Bayaran balik adalah berdasarkan Skim Kesihatan Pelajar.      
  4. Catatkan diagnosa / jenis penyakit atau jenis rawatan yang diterima.

Laporan Pemeriksaan Kesihatan

Laporan pemeriksaan kesihatan pelajar

  1. Laporan pemeriksaan kesihatan wajib dilengkapkan dan dihantar ke Pusat Kesihatan / Jabatan Akademik sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran pelajar universiti

  2. Kos pemeriksaan di Pusat Kesihatan adalah seperti berikut:

Pelajar tempatan: RM 60.00 & pelajar antarabangsa: RM 250.00

Peraturan

Peraturan dan Cadangan

  • Pelajar disarankan menggunakan kemudahan kesihatan pada waktu pejabat.      
  • ‘Cold case’ selepas waktu pejabat boleh ke Poliklinik UKM Bandar Baru Bangi.      
  • Jabatan kecemasan hanya menangani kes kecemasan terutama selepas waktu pejabat dan cuti umum.      
  • Untuk kes yang mengancam nyawa, sila pergi ke hospital terdekat (Hospital Kajang atau Hospital Serdang) dan hubungi Pegawai Kesihatan untuk mendapatkan nasihat.      
  • Pelajar digalakkan untuk mendapatkan bantuan daripada Felo Kolej Kediaman / Persatuan Bulan Sabit Merah untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
  • Perkhidmatan ambulans hanya untuk kes-kes kecemasan atau dihantar ke hospital setelah mendapat rujukan dari Pusat Kesihatan.

Isnin – Khamis 
8:00 pagi – 1.00 petang
2:00 petang – 5.00 petang

Jumaat
8:00 pagi – 12:15 petang
2:45 petang – 5:00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum – TUTUP

Waktu Lanjutan (Kecemasan Sahaja)
Isnin  – Jumaat
5.00 petang – 7.00 petang
8.00 malam – 10.00 malam

Sabtu & Ahad
8.00 pagi – 1.00 petang

Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor

Tel: +603 89215087/ 3666
Faks: +603 89213683
E-mel: pkesihatan@ukm.edu.my