Kolej Kediaman Keris Mas

Fakta Pantas

Kolej Keris Mas merupakan salah sebuah kolej penginapan yang terdapat di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia, yang dikelilingi dengan alam semulajadi.

Kolej Keris Mas adalan salah sebuah kolej yang terbesar dalam Universiti Kebangsaan Malaysia. Kolej ini mempunyai 9 blok dimana 2 blok lelaki, 6 blok wanita dan satu blok yang dikhaskan untuk penginapan luar.

Kemudahan Pelajar Kurang Upaya (OKU)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) komited untuk memenuhi hak dan menjaga keperluan pelajar, kakitangan dan pelawat Orang Kurang Upaya (OKU) dalam mendapatkan akses penuh kepada sistem pembelajaran, persekitaran kerja dan kehidupan kampus yang inklusif serta bebas daripada halangan dan diskriminasi.

Kehidupan Di Kolej

Sila rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman.

Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman adalah peraturan umum kepada semua kolej kediaman di UKM. Sila rujuk kolej kediaman masing-masing bagi peraturan yang lebih terperinci.

 

 

Kemudahan

  1. Wifi
  2. Bilik Perbincangan
  3. Perpustakaan Mini
  4. Dobi Layan Diri
  5. Kafeteria
  6. Surau
  7. Kemudahan Sukan
  8. Kemudahan ATM
  9. Kedai Serbaneka
  10. Gelanggang Sukan
  11. Gelanggang Badminton

Mendaftar Masuk

  1. Notis makluman berkaitan permohonan dan pengesahan dikeluarkan Pusat Perumahan Pelajar.
  2. Pelajar perlu membuat permohonan dan pengesahan dalam masa yang ditetapkan Universiti.
  3. Pelajar akan didaftarkan dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) pada hari pelajar mendaftar.
  4. Dapatkan keperluan yang disediakan seperti :-
    • Kunci bilik;
    • Borang inventori kemudahan asas bilik;
    • Keperluan lain yang ditentukan oleh pihak kolej kediaman.
  5. Buat pemeriksaan, isi borang dan serahkan borang di kaunter kolej kediaman.

Rumah Tamu

Kolej Keris Mas menawarkan 2 jenis Rumah Tamu yang sedia untuk disewa oleh pelawat.

Jenis Rumah Tamu:

1) Bilik Single

  • RM20/semalam (Swasta/ Badan Bukan Kerajaan)
  • RM16/semalam (Kakitangan/ Pelajar)

2) Bilik Double

  • RM20/semalam (Swasta/ Badan Bukan Kerajaan)
  • RM16/semalam (Kakitangan/ Pelajar)

Antara kemudahan yang disediakan adalah katil single, almari, kipas dan bilik air.

Asrama

Pangsasiswa

Pangsarama

Rumah Tamu

Kadar bilik

Pelajar TempatanPelajar Antarabangsa
Prasiswazah
Asrama – RM3.50/hari
Pangsasiswa – RM5.00/hari
Pangsarama – RM5.00/hari
Prasiswazah
Asrama – RM7.00/hari
Pangsasiswa – RM8.50/hari
Pangsarama – RM7.50/hari
Pascasiswazah
Asrama – RM6.00/hari
Pangsasiswa – RM7.50/hari
Pangsarama – RM7.50/hari
Pascasiswazah
Pangsasiswa – RM12.00/hari
Pangsarama – RM11.00/hari

Cara memohon

  1. Syarat Mendapatkan Penginapan:
    • Rujuk Buku Arahan-Arahan Kolej Kediaman
  2. Cara Menempah Bilik Penginapan
    • Permohonan bilik penginapan perlulah melalui laman web:
    • appsmu.ukm.my/ekolej : untuk permohonan pelajar samada prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar
    • appsmu.ukm.my/kolej : untuk rayuan pelajar yang tidak berjaya mendapat penginapan, samada pelajar prasiswazah atau pascasiswazah berdaftar

Garis Panduan Kolej Kediaman

Like & Follow Sosial Media Kolej Kediaman

Waktu Operasi
Isnin – Khamis 
8:00 pagi – 1.00 petang
2:00 petang – 5.00 petang

Jumaat
8:00 pagi – 12:15 petang
1:45 petang – 5:00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum – TUTUP

 

Kolej Kediaman Keris Mas
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor

Tel: +603 89214011

Scroll to Top